Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 27, 2009

Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 3

Terlebih dahulu salam takziah diucapkan buat keluarga Pak Cik Mat, Spg 3 Kubang Ulu..

Kenangan bersama arwah Pak Cik Mat (Haji Mohamad bin Man) dihari majlis pertunangan Fitri 25hb Jan 2009. Pak Cik Mat adalah jiran perihatin yang menawarkan masa dan tenaga melancarkan lagi majlis pertunangan ini. Sebagai catatan, Pak Cik Mat telah diamanahkan bawa sireh junjong sebagai kepala majlis..


Arwah Pak Cik Mat dikanan sekali bersama sama anggota rombongan sebelum berangkat turun ke rumah keluarga perempuan.. sekitar 3 setengah jam sebelum arwah meninggalkan kita buat selamanya..


Sempat dirakam disamping Tengku Haslina kira2 2 jam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu perjalanan pulang..


Beliau gelisah dan mengadu sesak nafas ketika perjalanan pulang dari rumah pihak perempuan sekitar jam 1:00 tengahari didalam kereta..


Kami bergegas ketempat kejadian dengan hajat mengiringi Pak Cik Mat ke hospital.. ambulan dari Hospital Bkt Mertajam tiba sejurus kemudian untuk rawatan susulan.. Allah lebih mengetahui.. Pak Cik Mat menghembuskan nafas terakhirnya didalam perjalanan ke hospital.. Inna lillahi wainna ilaihirrajiun..


Masih terngiang kata2 akhir Pak Cik Mat ketika dirumah pihak perempuan .. "rumah akhir kita selebar ini" sambil melebarkan kedua dua tangannya.. Inilah perjalanan akhir seorang insan, dipanggil mengadap Yang Esa.. semoga rohnya dicucuri rahmat..


Perjalanan akhir didunia mengadap Tuhan yang esa pencipta sekelian alam.. Alfatihah..


Hanya kebetulan dan Allah lebih mengetahui setiap aturannya.. seluruh Malaysia diselubungi sedikit kelam dari gerhana matahari pada 26hb Jan 2009 sekitar jam 1800.. gambar suasana kelam ini dirakam dihadapan rumah arwah Pak Cik Mat..

sebutir kata:
Alhamdulillah.. ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya ditangan Allah swt.. sekurang kurangnya beliau telah jalankan amanah akhirnya didunia dengan menyatukan dua hati mendirikan tapak masjid..

Syukur jua pihak keluarga arwah dilihat redha dan pasrah dengan pemergiannya.. kenangan dan pengalaman yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan hingga keakhir hayat..

1 comment:

Related Posts with Thumbnails