Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 1, 2009

Mohd Abdul Wahid pilihan PAS di K Terengganu


PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu. Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan.

Akhirnya, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau membuat pemilihan calon menggunakan "kaedah-kaedah Islam." Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

sebutir kata:
Alhamdulillah.. debaran penantian telah reda.. akur atas pilihan Presiden dan tentunya adalah yang terbaik sebagai jalan tengah.. maka tugas pendokong dan pejuang pejuang Islam lah pulak bagi memastikan kemenangan mutlak PR di PRK kali ini.. benamkan BN dengan keegoaan mereka.. ayuh rakyat K Terengganu.. teruskan kesinambungan kudrat rakyat Ptg Pauh disana.. Takbir.. 3x

1 comment:

  1. What kaedah-kaedah Islam that Hadi is talking about? Frankly, I simply can't understand why Mohammad Sabu not chosen? Because he's orang luar? Or Dr Syed Azman? Doctorate you know? Not Islam enough! PAS has been shooting themselves on their feet! I hope that this bugger keep himselves clear from the Hudud thingy!

    Why not start awareness programme among muslims and leave out the need to change the constituition by using Hudud this. Hudud that.

    Not that we ignore the need of understanding Hudud, Islam. Heck, muslims must read more the bible (Old testament (Jews))/ new testament (known to muslims as Injil). I sincerely believe most muslims would agree with me law written in the heart of men by God much more effective. Aiyah, muslims should not just stop at 4 books of gospel (Mathew, Mark, Luke and John). Should expand further and read Letter/Epistle of Roman by Paul. The struggle of sin. The penalty of sin is death! How wishful thinking! My apologies!

    We do need Turkish army here!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails