Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 2, 2009

Pemakaian talipinggang belakang


KUALA LUMPUR - Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam kelmarin.

Menurut Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan, mulai semalam, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.

Sementara itu tinjauan rambang dilaman2 web dan blog didapati pelbagai pendapat yang tidak bersetuju, antaranya:
  • Menyusahkan kepada orang yang mempunyai ramai anak iaitu melebihi 4 orang. Pakai Kelisa saja macamana laa nak bawa anak jalan jalan tanpa kena saman.
  • Undang undang ni bakal jadi satu lagi projek gajah putih aje. Contoh.. lampu atas kepala lori habis tinggal nama, pasang pelekat kat helmet sama juga.. kotak hitam dalam bas ekspress.. ada lagi ke undang2 tu.. dan macam macam lagi.. cari laa sendiri.. semuanya menyusahkan dan menambah kos pada rakyat aje..
  • Nak pasang tali pinggang sekitar RM 500 dan ke atas.. klu nak daftar kat perodua contohnya.. daftar bulan nov.. bulan 5 (mei) baru dapat pasang. tapi undang undang dah berjalan... apa ke bende ni.. siapkan semua dulu baru laa boleh warta undang undang.. ini terbalik lak..
  • Anak anak aktif bawah 9 tahun.. mana leh duduk diam.. dalam perjalanan yang ambil masa dekat 8 hingga 10 jam.. nak suruh dia org pakai tali pinggang belakang dan duduk diam aje.. mana boleh, kebas punggung ooo.. tak pakai lak polis saman.. ada ke patut... lagi satu.. budak budak tu nak tidur sambil pakai tali pinggang keledar.. tolong beritahu anak siapa bawah 9 tahun leh tidur tegak sambil tali pinggang keledar terikat kat dia..
  • Tak mesra untuk orang sakit.. mana leh guna tali pinggang yang ketat tu.. klu dulu tak nak pakai tali pinggang keledar leh laa duduk belakang.. sekarang duduk belakang sama laa juga.. dah laa sakit.. kena saman lagi.. takkan orang sakit tak leh naik keta kot..
  • Keselamatan anak2 yang terikat dengan tali pinggang amat laa di khuatiri dan diragui.. kalau laa ada pelanggaran.. boleh ke budak budak yg panik buka tali pinggang keledar dalam keadaan kecemasan..
  • Van pun kena guna tali pinggang juga.. anak lapan atau lebih tapi dah kena pakai tali pinggang belakang.. ada gak yang kena tinggai.. beli van untuk kemudahan pun jadi tak guna..
  • Belum ada satu data yang terperinci yang dapat ditunjukkan bilangan yang mati disebabkan orang belakang tidak menggunakan tali pinggang belakang. Hanya mengeluarkan kenyataan sahaja seperti "Tali pinggang belakang dapat mengurangkan kemalangan maut" "Tali pinggang belakang dapat mengurangkan impak kepada orang dihadapan" Itu semua kenyataan aja.. tapi tiada statistik yang dikeluarkan..
  • Kenderaan yang lama mana ada kemudahan tali pinggang belakang.. nak pasang tali pinggang belakang duit jugak tu... menteri yang mula2 canang penggunaan talipinggan nie ada share ke..
sebutir kata:
Alasan yang banyak spt diatas tu bukan lesen untuk tak pakai talipinggang belakang.. ingat tau RM300 banyak ooo.. saya hanya copy dari apa yang dibaca.. samaada perlu atau tidak bagi kita.. undang2 dah diwarta.. tak pakai kena.. pembuat undang2 yang diatas sana bukannya tau keta Kelisa tu besaq mana.. yang tu saja org mampu bukan macam hangpa..

2 comments:

  1. Jika piliharaya 2009.
    Aku tolong kempen pembangkang.
    Kerana...
    1) Menyampah melihat gelagat kerajaan hanya tahu menyusahkan rakyat.. sikit-sikit saman.
    Tak pandai beri nasihat.
    Ada undang-undang bukan menyenangkan rakyat, malah membebankan rakyat.

    2) Sepatutnya fikirlah tentang faktor jalan raya, sana selekoh, sini selekoh, sana belubang , sini tampung, sana rasuah , sini rasuah?

    3) Faktor kematian adalah ketentuan Allah, faktor prasarana yang tidak mengambil kira kebajikan masyarakat menyebabkan kes kematian dan kemalangan meningkat. Jika rasuah jalan raya, rasuah JPJ, rasuah Polis dan rasuah itu & ini, diambil kira, maka Malaysia senantiasa terpelihara.

    Anak Desa
    -Proton Iswara 1997-

    ReplyDelete
  2. So Anak Desa,
    PRU akan datang kita kena pastikan hanya orang2 pandai boleh pimpin orang pandai mcm kita.. dan yang amanah saja boleh jadi pemimpin kita.. membuat keputusan penuh dengan rasa takut Allah takkan menyusah rakyat marhaen.. Insyaallah..

    Pemimpin yang memimpin kerana Allah dan pandai, kita tengok muka pun nampak suci semacam aje.. bukan macam yang dok ada.. serupa Sharif Dol samseng Kampung Dusun.. IJN pun depa nak curi.. cis..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails