Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 6, 2009

Petua: Kapur Sireh


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. dan kebanyakannya digunakan secara luaran.

Berikut ada beberapa petua yang menggunakan kapur sirih,

Terkena Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.

sebutir kata:
Buat panduan.. kapur sireh adalah jauh berbeza dengan kapur kasut.. perlu diingat kapur tulis lagilah jauh bezanya kerana kapur tulis biasanya digunakan guru untuk kejut kan bebudak tidur dalam kelas.. sekian heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails