Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 19, 2009

Petua: Mengenal madu lebah asli


Anda suka minum/masak menggunakan madu? Tetapi bagaimana anda hendak menentukan ketulinan madu? Adakan madu yang anda beli benar-benar asli ?

Berikut tip bagaimana hendak menentukannya.

  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
  2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
  4. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
  5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
  6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
  7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.
Senang bukan? Jangan jadi mangsa penipuan penjual yang tidak bertanggungjawab.

sebutir kata:
Manis nya madu sebagai penawar, hanya orang pompuan saja yang dok kata madu tu pahit.. heran aku..

2 comments:

  1. Cara sesuai untuk orang kampung tapi tak bagi saya. Sebab apa yang saya tahu kebanyakan petua yang puan berikan boleh di tolak bulat2.
    Ini counter post saya bagi cara pihak puan ini.
    http://izhamwong.blogspot.com/2011/03/kenal-madu-asli.html

    ReplyDelete
  2. Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
    Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
    Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
    Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails