Sahabat adalah perisai diri

Saturday, January 17, 2009

Pilihanraya kecil KT: PAS menang bergaya


KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.


Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.


Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.. sumber..

sebutir kata:
Tahniah kepada kemenangan calon dari PAS sekaligus pengiktirafan kepada PR. Syukur kepada Allah swt, kerana mengizinkan seorang lagi MP PR, amanah ini adalah berat untuk dipikul. Kepada calon PAS, laksanakan amanah itu dengan ikhlas dan kerana Allah !

Takbir 3x

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails