
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin
6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
40 ml air asam jawa
250 ml air
2 sudu besar tempoyak
Minyak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
20 gm belacan
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan sehingga naik bau.
- Setelah tumisan hampir garing, masukkan cili dan kunyit. Tumis lagi sehingga wangi.
- Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak.
- Akhir sekali barulah masukkan ikan patin. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak lebih sedap, masukkan bendi. Biarkanlah kuah sehingga mendidih.
- Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Mak mentua lalu pun tak nampak ooo.. errrr.. lalu ikut belakang la.. heh.. heh..
No comments:
Post a Comment