Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 1, 2009

Resepi: Beef Cutlet


BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging (cincang)
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 tangkai cili merah (cincang halus)
1 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 labu bawang besar (cincang halus)
500 gm ubi kentang (rebus dan lecek)
2 tangkai daun sup (cincang)
1 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
Sedikit bread crump
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Terlebih dahulu keringkan air daging di atas dapur.
  2. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau rata bersama daging.
  3. Masukkan pula bahan-bahan tumbuk bersama daun sup. Ketepikan.
  4. Lenyekkan kentang tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama daging, kuning telur dan garam hingga sebati.
  5. Bulatkan adunan seperti hendak membuat bergedil dan celupkan ke dalam telur putih dan bread crump sebelum digoreng. Ulangkan langkah yang sama sehingga semua adunan habis.
  6. Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna keemasan.
sebutir kata:
Nampak sedap tul.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails