Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 8, 2009

Resepi: Puding Hak Milik Kekal


BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar serbuk (tiada warna)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
Pewarna hijau dan merah
250 gm gula

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air.
  2. Bubuhkan pewarna hijau. Biarkan ia mendidih.
  3. Tuangkan dalam bekas. Ketepikan.
  4. Sementara itu satukan satu sudu kecil agar-agar serbuk dengan satu cawan susu cair, setengah cawan gula, setengah cawan air serta tepung kastard.
  5. Gaul sebati sehingga adunan pekat.
  6. Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk.
  7. Sementara itu didihkan lebihan susu cair bersama satu sudu kecil serbuk agar-agar dan lebihan gula tadi.
  8. Campurkan dengan setengah cawan air dan sedikit pewarna merah.
  9. Setelah ia mendidih,tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.
  10. Biarkan ia mengeras.
sebutir kata:
Tak biasa dengar, nama pun gerun semacam, tengok pun tak pernah, makan lagilah.. kalau ada sesapa yang cuba buat tuh.. biasa la.. tak banyak antaq ajelah agak2 satu tupperware.. heh.. heh..

2 comments:

  1. Nama Puding nie mcm tajuk lagu yg Diana & Linda Rafar nyanyi ja..klau buat puding nie sahih x buleh kekal ataih meja..clear!!!nmpak menarik sgt rasa x tau lagi..tapi cik minah nk ejas skit kt resipi nie, klau buleh jgnla guna Serbuk agar2 cse klau x pndai beli takut terkena yg ada GELATIN pulakkk x ke naya..so belilah yg peket pasti Selamat & Halal. Betul tak cik Din...

    ReplyDelete
  2. Hello. And Bye.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails