Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, January 14, 2009

Resepi: Sandwic Dua Sejoli


BAHAN-BAHAN:
6 keping roti
2 biji telur (rebus)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonis
50 gm daun salad
1 tin kecil sardin (buang sos)
7 tangkai cili padi
1 biji limau nipis
Lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Telur yang direbus dilecek bersama lada sulah, dan mentega hingga hancur.
  2. Ambil sedikit daun salad dan hiris. Gaul dengan telur hingga sebati. Ketepikan.
  3. Ambilkan sardin yang telah dibuangkan sosnya, lecek bersama cili padi hiris, mayonis dan perahan air limau.
  4. Ambil roti, lapikkan dengan daun salad. Di atasnya lapiskan dengan sardin.
  5. Lapikkan keping lagi roti dan sapukan telur lecek. Lapiskan dengan sekeping lagi roti. Kemudian potong dua.
sebutir kata:
Lebih menyelerakan lagi sekiranya sandwich tersebut dimakan sejoli ngan aku di ofis.. heh.. heh.. tak caya tanya aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails