Sahabat adalah perisai diri

Sunday, January 4, 2009

Resepi: Udang Wangi


Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
  2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
  3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
  4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.
sebutir kata:
Nampak sedap.. aroma daun kari buatkan hidung kembang kempis, perut berderap dan berderau air liur.. heh.. heh..

2 comments:

  1. Salam,
    Nampak sedap, dengar pun sedap, makan lagi sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails