Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 27, 2009

Rombongan rakan2

Segerombolan rakan2 telah berjaya menyerbu kerumah kami di Machang Bubok. Kejadian dirakam pada tengahari hari Sabtu yang lalu 24hb Jan 2009.

Tujuan utama selain dari memporak perandakan sesi tidur petang aku, mereka juga ingin merapatkan silaturrahim ngan bini aku yang lama sangat tak jumpa dan jugak tempah sehelai dua baju sempena Tahun Baru Cina nie.. heh.. heh.. errr selamat bertandang yerk..


Jamuan ala kadar yang sempat disediakan.. depa tak tahan pedas depa kata aku silap pilih cabai.. rojak kalau tak pedas mana ada ummph dia.. memang aku yang pilih cabai pedas..


Selamat menjamu selera.. sori la rojak terover pedas.. lidah kitorang dah pedasproof..


Sempena Tahun Baru Cina ni semestinya menu utamanya limau Mandarin import dari pasaraya kat Bkt Minyak di iringi ngan air jus limau.. heh.. heh.. perbincangan bertambah panas dan hangit setelah masuk bab2 fesyen terkini, aku sebagaimana lelaki budiman yang lain.. err seperti biasa lerr.. boring.. mengantuk..

sebutir kata:
Anyway.. tks kerana sudi bertandang kerumah kami.. bini aku dah 2 tahun lebih tak gelak.. isk.. isk.. bini aku nampak hitam sikit ler pasai tunggu hangpa tengah panaih, errr.. cari rumah tak jumpa.. heh.. heh.. nasib la korang jumpa rumah cepat kalau tak hangit terus bini aku.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails