Sahabat adalah perisai diri

Saturday, February 28, 2009

Dangau tempat berteduh



Salam hormat buat semua pengunjung..

Sukacita dimaklumkan dangau tempat saya berteduh selama ini akan dikendalikan oleh penghuni baru dimana konsepnya tak akan berubah, merapu seperti biasa, manakala dangau saya yang baru telah dipindah ke: http://shalehudin.blogspot.com/

Anggaplah kehadiran kami sebagai memeriahkan lagi alam maya kita yang sememangnya telah meriah.. terima kasih diatas sokongan semua pengunjung.. dulu, kini dan selamanya..

sebutir kata:
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Thursday, February 26, 2009

Art: Wall paintings






sebutir kata:
Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah.

Wednesday, February 25, 2009

Dunia hanya pinjaman

sebutir kata:
Treat the earth well. It was not given to you by your parents. It was loaned to you by your children.
- Kenyan Proverb


Monday, February 23, 2009

The super motor boat









sebutir kata:
Ganaz tul.. kurang2 kena 3 kali lompat parti baru dapat beli nie..

Jangan terlalu bersandar pada kesihatan dan kekayaan kerana dalam sekelip mata ia boleh berubah menjadi penyakit dan kemiskinan..

Friday, February 20, 2009

Wanita dan lelaki tua...

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya.

Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

sebutir kata:
Majulah sukan untuk negara.. heh.. heh..

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth tawar letak jawatan ADUN, exco


Terkini: MB Selangor tawarkan Eli bercuti sehingga kemelut tersebut di selesaikan diperingkat tertinggi PKR setelah mengadap Sultan Selangor..

PETALING JAYA:
Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi. Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.. sumber: mStar

sebutir kata:
Heroin politik demokrasi yang rela melepaskan jawatan demi tanggungjawab moral dan maruah parti. Walaupun banyak sokongan untuk dia tidak melepaskan jawatan kerana isu peribadi, tetapi setelah dua pertemuan peringkat tertinggi PKR diadakan, kemungkinan arahan untuk mengosongkan kerusi DUN Bukit Lanjan itu ada.. isu peribadi yang kini menjadi bualan umum.. sungguh menjijikkan.. telanjang dalam bilik pun tak boleh.. isk.. isk..

Kini terbukti ahli2 PR berani dan bermaruah.. tak cakap kosong punya.. macamana agaknya BN hadapi semua ini sekiranya ada ADUN2 nya yang terlibat? Tak payah cakap.. semua dah tau dah..

Bertambah panas politik Malaysia.. PRK di 3 bukit (Bukit Selambau, Bukit Gantang dan terkini mungkin di Bukit Lanjan) diwaktu terdekat ini.. heh.. heh.. meriah.. meriah..

Monday, February 16, 2009

Terlupa makan ubat...

Pada satu malam isteri Akob mengejutkan Akob yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Akob: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun, kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Akob: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Akob: @#%^#^????

sebutir kata:
Terlebih perihatin yang layak dijawab ngan penampar...

United langkah bergaya


Gerakan2 bijak Ryan Giggs telah berjaya melonjak prestasi Manchester United ke suku akhir piala FA dengan Man U menewaskan Derby di Pride Park dengan kemenangan selesa 4-1.

Penyumbang gol awal Nani dan diikuti oleh Darron Gibson, Cristiano Ronaldo dan Danny Welbeck.

Sementara itu Everton menjadi pasukan kedua menempah tiket ke suku akhir piala FA setelah mengejutkan Aston Vill di Goodison Park 3-1.

sebutir kata:
"Kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

Emmm.. Alex Ferguson boleh paham ker apa aku tulih kat sini nie..

Friday, February 13, 2009

Khir Toyo ditahan Polis


PULAU PINANG 13 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo hari ini ditahan polis ekoran cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana mahu menyaman Sultan Perak.

Beliau bersama tiga ketua Pemuda bahagian dan pemandunya ditahan di Taman Belia di sini pukul 3.30 petang sebelum dibawa ke balai polis Jalan Patani dan dibebaskan sejurus selepas diambil keterangan. - Utusan

sebutir kata:
Gelak guling guling aku baca penglipur lara nie.. heh.. heh.. errr.. kempen cara lain tak leh ker.. sah KJ boleh kalah Ketua Pemuda Mac nanti..

Bola sepak: Malaysia di kedudukan 161 dunia


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam rangking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Kedudukan itu adalah yang kedua terendah yang pernah dicapai oleh Malaysia.

Menurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbaning kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu. - Bernama (sumber Utusan Malaysia Online)

sebutir kata:
Sayugia diingatkan.. bahawa kita patut berbangga kerana kedudukan kita adalah lebih baik dari kedudukan pada April tahun lalu iaitu ditangga ke 170.. tahniah.. isk.. isk.. hangpa janganlah marahkan aku ooo pasai tak minat ngan bolasepak Malaysia nie..

Banner menarik di Changkat Jering



sumber: Cina Islam.

sebutir kata:
''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''

Thursday, February 12, 2009

David Arumugam, Khadijah bergelar Datuk


PEKAN: Dua penyanyi popular tanah air, David Arumugam dan Khadijah Ibrahim, hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.

David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masingmasing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.David merupakan penyanyi utama kumpulan Alleycats manakala Khadijah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Ketika ditemui, David berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada kumpulan Alleycats yang telah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hampir 40 tahun."Anugerah ini adalah untuk para peminat kumpulan Alleycats, terima kasih," kata David

sumber: mStar online

sebutir kata:
Terimaa kassiiiiihhhhhhhhhhh... (sengau skit.. heh.. heh..)

Video: I can do it too


sebutir kata:
"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

Tuesday, February 10, 2009

Lauk Beriani Ayam SAJI


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong lapan)
5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 cawan minyak sapi
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu cair
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis goreng
6 tangkai cili hijau (patah dua)

BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
  3. Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun ketumbar.
  4. Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.
  5. Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi.
  6. Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair. Rasa beriani SAJI mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato puri dan sos cili.
  7. Jika anda ingin menggantikan ayam dengan da­ging, daging yang dicuci bersih dan masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4cm x 6cm) dan beli daging yang mudah empuk seperti bahagian topside.
  8. Jika anda ingin menggunakan tairu boleh juga. Tairu janganlah banyak, cukup setengah cawan saja. Tapi anda kena kurangkan tomato puri sebanyak tiga sudu dan sos cili satu sudu. Tairu bolehlah dicampur sekali sewaktu menuangkan susu cair.
sebutir kata:
Setiap orang akan mengalami cinta dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta,

Tetapi, hakikatnya,
Cinta kepada Allah swt,
Adalah lebih hakiki dan abadi!

Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang kembali ke Rahmatullah

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi. Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

sebutir kata:
Alfatihah..

Peluang buat rakyat Perak khususnya untuk bersuara terutama sekali isu rampasan kuasa yang dilakukan Bee End baru baru ini yang mengakibatkan krisis perlembagaan yang teruk sehingga kini belum nampak jalan penyelesaiannya.. ada sok sek meminta DS Mohammad Nizar bertanding disitu.. tunggu dan lihat..

Pilihanraya kecil di Bukit Selambau?


Sumber-sumber PKR memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).. baca seterusnya di Malaysiakini

sebutir kata:
Rakyat Kedah sekali lagi berpeluang bersuara di PRK terutama rakyat Kedah.. tunjukkan kuasa rakyat pada pemimpin2 yang korup idea, korup moral dan perasuah.. bahawa sekarang inilah ketuanan rakyat.. LAWAN TETAP LAWAN..

Giggs letakkan United kembali dahului carta


Ryan Giggs kembali meletakkan Man United dicarta teratas liga setelah menggegarkan jaring West Ham di Upton Park pada minit 62 permainan.

Sementara itu kubu Man U yang diketuai oleh Van Der Sar seperti tidak terancam langsung terus melebarkan rekod tidak dibolosi kepada 1,212 minit dengan 13 perlawanan berturut turut.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan semalam:

West Ham 0-1 Manchester United.
Tottenham 0-0 Arsenal.

Kedudukan carta terkini:
February 8, 20092008/2009 English Premiership

OverallHomeAway

GPWDLGSGAWDLGSGAWDLGSGAGDP
1Manchester United241752411010102547421663156
2Liverpool251591421775019784123102554
3Aston Villa25156440245611812100322121651
4Chelsea25147444156522178222382949
5Arsenal2512853825732181155320141344
sebutir kata:
Arsenal terkial kial mencuri 1 mata digelanggang Tottenham dengan 10 pemain setelah Emmanual Eboue dilayangkan kad kuning kedua sementara pemain baru dibeli Andrei Arshavin nganga dibangku simpanan..

Sunday, February 8, 2009

Bukan sebab wang


Bukan disebabkan WANG dan jauh sekali GLAMOUR.. itu kata David Beckham kelmarin, hasratnya untuk berpindah ke AC Milan ialah atas alasan sukan semata-mata.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid ini mengakui buat kali pertama Rabu lalu bahawa dia mahu kekal dengan pasukan San Siro itu. "Ketika ini Milan lebih penting daripada wang. Saya katakan dalam cara yang jelas bahawa saya fikir, saya mahu kekal di Milan kerana saya telah menemui semula diri saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya kepada Corriere dello Sport.


Dan saya percaya dan teramat yakin, perpindahan 4 pemain dari kelab PR ke BN Perak juga bukan disebabkan WANG dan jauh sekali GLAMOUR.. (mereka tak kemaruk rasuah2 tu semua..)

Dan saya percaya dan teramat yakin, body languange dan riak muka mereka berempat tidak menggambarkan sikap pembelot kepada perjuangan.. (mana ada parut lanun dimuka depa..)

Dan saya percaya dan teramat yakin, rakyat setempat tetap menerima mereka kerana pendirian mereka difahami oleh pengundi2 mereka.. (tiada bukti kasut telah dibaling kemuka..)

Dan saya percaya dan teramat yakin, tindakan suci mereka hanyalah untuk memperkukuhkan lagi kerajaan yang sah dipilih majoriti rakyat untuk memerintah Perak.. (Undi popular PRU12 Perak: BN 399,665 dan PR 442,660)

sebutir kata:
Dan saya percaya dan teramat yakin, BN punya hujah dan fakta yang kukuh dalam mempertahankan KERAjaan Bee End Perak adalah KERAjaan yang sah..

Tindakan berpilih2 jika berdemonstrasi


KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan atau terlibat dengan perhimpunan atau demonstrasi yang bertentangan dengan undang undang, ekoran suasana politik di Perak sekarang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya, mengajak orang ramai berkumpul bagi mengadakan perhimpunan atau berdemonstrasi.. sumber mStar online.

Kena ingat tu, yang bagi amaran adalah Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.. JANGAN BERDEMONSTRASI.. tindakan tegas akan diambil.. err cuba tengok berita dibawah pulak..


MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – sumber Utusan online..

sebutir kata:
Kedua dua berita nie aku copy paste dari dua media online utama tapi bercerita tentang satu perkara.. DEMONSTRASI.. yang kat Perak.. TINDAKAN TEGAS kalau berdemonstrasi tapi kat Ampang Jaya.. depan IPD pulak.. camana.. IPD tu kalau tak salah aku.. Ibupejabat Polis Daerah.. isk.. isk.. tak kiralah berapa besaq pun.. walaupun crowd 21 orang saja tetap dipanggil DEMONSTRASI gak.. kan.. kan.. kan..

EPL updates 07th Feb 2009


Liverpool kembali bernafas lega 1 mata mengatasi Man United dicarta teratas liga, apabila gol lewat Fernando Torres diwaktu kecederaan minit ke 90 permainan mengatasi Portsmouth 3-2. Tapi kedudukan carta mungkin berubah dimana Man U masih kurang 2 perlawanan berbanding Liverpool dimana perlawanan seterusnya Man U akan bertemu West Ham ditempat lawan malam ini.. heh.. heh..

Chelsea pula berputih mata di Stamford Bridge berkongsi mata apabila diikat 0-0 dengan Hull City. Keputusan penuh dibawah:

Manchester City 1-0 Middlesbrough
Sunderland 2-0 Stoke City
Blackburn 0-2 Aston Villa
West Brom 2-3 Newcastle
Chelsea 0-0 Hull City
Everton 3-0 Bolton
Wigan 0-0 Fulham
Portsmouth 2-3 Liverpool

sebutir kata:
Profesional football tak culik pemain..
Minat bola tak dak penin penin..
Baca bro Nobisha lagi rungsin..
Lutut cedera, betis sapu minyak angin.. heh.. heh..

Saturday, February 7, 2009

Tengku Razaleigh tibai kelaku UMNO


KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.
sumber: Tukar Tiub

sebutir kata:
Aku tak expect pun orang UMNO nak cakap camnie.. apatah lagi apa yang dia cakapkan adalah berdasarkan undang2 tubuh negeri yang belum jelas kedengaran lagi sebelum ini dari pengamal undang2 lainnya.. isk.. isk..

Man United perlu elakkan kecederaan


Hanya masalah kecederaan pemain bakal membantutkan niat Manchester United dalam usaha mereka menyapu bersih kesemua lima kejuaraan musim ini.

United yang telah menjulang trofi Kelab Dunia, Disember lalu dan akan bertemu Tottenham Hotspur pada final Piala Liga, 1 Mac depan, kini berada di tangga teratas Liga Perdana England.

Mereka turut layak ke pusingan kelima Piala FA dan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

United juga turut mencatat rekod baru dengan bahagian pertahanan mereka tidak dibolosi dalam 12 perlawanan lalu.

Dibawah adalah jadual EPL minggu ini.

sebutir kata:
Kembalinya Rooney dari kecederaan dan Ronaldo yang dilihat kembali cemerlang, United jelas berada pada prestasi terbaik.. tapi bola tu bulat.. apa pun boleh terjadi.. nasib ler pemain bolasepak profesional tak dak jenis bungee jumping macam kat Perak tuh.. sebab tu ler aku minat bolasepak.. heh.. heh.. beli terang2 punya, tak dak lagi main culik2 pemain lawan.. heh.. heh..

Fakta Krisis Perlembagaan di Perak

YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

Pembubaran DUN.
Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK

TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI

PR – 28 KERUSI

BEBAS – 3 KERUSI

  • ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
  • KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
  • DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.

  • NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
  • NIZAR DERHAKA
  • NIZAR SAMAN SULTAN
  • NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM
Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.

- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal. (sumber..)

sebutir kata:
Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam kini terpalit.. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak.
Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu..

Friday, February 6, 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat


-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

sebutir kata:
"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui,"

Resepi: Agar-Agar Kering


BAHAN-BAHAN:
10 gm agar-agar
500 ml air
100 gm gula
80 gm gula batu
Sedikit pewarna merah dan hijau

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan.
  2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan ke dalam bekas nipis.
  3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering.
sebutir kata:
Orang tua2 kata.. agar2 nie baguih makan boleh sejukkan badan terutama tengah politik panas membara nie.. cubalah.. heh.. heh..

Tahniah rakyat Perak: anda kini punyai dua MB


Kemaskini 4pm:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.


MB Perak dari PR sebelum ini ialah DS Mohammad Nizar telah enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak istana dan hingga kini masih bertahan dengan prinsip, PR adalah kerajaan pilihan rakyat.. kedudukan kerusi PR-28 dan BN-28 berserta Bebas-3 menguatkan lagi DS Mohammad Nizar yang kuasa rakyat sebenarnya dirompak..

sebutir kata:
Senario yang berlaku di negeri Perak itu memang nampak benar campur tangan dari istana untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan.. campur tangan ini tidak jelas sehinggalah pada hari-hari terakhir sebelum kerajaan benar nazak. Istanalah mempercepatkan mengakhiri riwayat kerajaan Pakatan Rakyat..

‘Pyrrhic Victory’ BN di Perak


Oleh Khalid Jaafar

Mari kita panjangkan renungan, jauh sehingga ke tahun 280 SM. Raja Pyrrhus dari Epirus menumpas tentera Romawi dalam dua pertempuran. Raja Pyrrhus amat gembira dengan kemenangan itu. Tetapi apabila dilaporkan begitu ramai tenteranya yang mati untuk mendapat kemenangan tersebut raja itu berkata: “Sekali lagi kita mendapat kemenangan seperti ini kita akan musnah.”

Bedanya antara Raja Pyrrhus dengan Najib adalah, raja itu tahu bagaimana bahayanya kemenangannya, tetapi Najib melihatnya sebagai kemenangan besar UMNO. Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah belajar dan tidak mahu belajar.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tentunya patah hati semalam, hari ini dan beberapa hari yang akan datang. Kepada mereka yang bersifat begitu, belajarlah dari semangat tentera Romawi. Sebenarnya jumlah tentera Romawi lebih ramai yang gugur dari tentera Pyrrhus. Mereka tidak putus harapan. Sejarawan Plutarch mengulas:

Not at all abating in courage for the loss they sustained, but even from their very anger gaining new force and resolution to go on with the war…Romans lost more men than Pyrrhus did. However, the Romans had a much larger supply of men from which to draw soldiers, so their losses did less damage to their war effort than Pyrrhus’s losses did to his.

Renung juga dialog antara Abu Sufyan dengan Herkules, gabenor Rom di Syria. Sewaktu Herkules menerima surat dari Nabi Muhammad SAW, Herkules memanggil Abu Sufyan untuk mendapat maklumat tentang agama dan gerakan yang dibawa oleh Rasulullah.

Herkules: “Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau orang miskin?”

Abu Sufyan: “Orang miskin.”

Herkules: “Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?”

Abu Sufyan: “Bertambah.”

Herkules: “Bagaimana perang antara kamu dengan dia?”

Abu Sufyan: “Ada kala kami menang, ada kala dia.”

Kita tidak akan menang dalam setiap pertempuran, tetapi insya Allah, kita akan dapat kemenangan keseluruhan. Rasulullah menang dalam perang Badar, tewas dalam perang Uhud, tidak menang dan tidak kalah dalam perang Khandak. Tetapi dalam kalah dan menang dalam pertempuran, jumlah yang menyertai Islam terus bertambah.

Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU12, menang besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua kemenangan ini dengan dokongan rakyat. Apakah BN menang di Perak? BN dapat sebuah negeri tetapi akan kehilangan lebih besar sokongan dari rakyat kerana taktik kotor yang dipakai -ugutan dan habuan. Kemenangannya adalah satu Pyrrhic victory, atau lebih kosong dari itu.

Rakyat mengajar BN pada 8 Mac yang lalu dengan menafikan majoriti 2/3 dan empat kerajaan negeri. Akuilah, sebahagian rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat bukan kerana mereka percaya kepada PKR, DAP atau Pas. Mereka ingin mengajar UMNO agar jangan sombong. Mereka berharap dengan tamparan tersebut mereka akan belajar dan melakukan perubahan. Apa yang berlaku di Perak jelas bahawa UMNO tidak mahu belajar. UMNO hanya mahukan kuasa. Sedangkan rakyat mahu UMNO-BN berubah dan kalau mereka berubah dan mengambil iktibar rakyat akan mengembalikan keyakinannya.

Sekarang jelas UMNO tidak menerima keputusan rakyat dan tidak mahu belajar seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Mereka hanya mahukan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak? Sekarang mereka tidak lagi dibebankan dengan urusan pentadbiran. Mereka perlu sepenuh masa bersama rakyat. Kuasa muktamad adalah di tangan rakyat. Cek Umno hanya boleh membeli beberapa orang pemimpin dan ugutannya hanya boleh menakutkan pemimpin yang berjiwa kerdil.

Insya Allah, kemenangan itu hampir.

sumber: anwaribrahimblog.com

sebutir kata:
Situasi di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang telah berlaku akan jadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan.. kerana tika itu kuasa wang menjadi raja di sana..

Thursday, February 5, 2009

Resepi: Garlic bread

Bahan-bahan (untuk 15 keping )

Roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya

Cara-cara:
  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C.
sebutir kata:
Letih tergedang ngan politik ari nie..? terasa lapaq..? ha nie pekena garlic bread nie.. nampak pun menyelerakan tak serupa YB2 kangaroo kita ari nie.. berbungee jumping sakan.. heh.. heh..

Terkini: BN kembali memerintah Perak


SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.


Datuk Dr. Zambry Abd Kadir

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini. Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.
– Utusan.

sebutir kata:
Sementara itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin belum lagi meletakkan jawatannya secara rasmi walaupun dititah Sultan supaya berbuat demikian tengahari tadi. Bukan dia sayangkan Camry seperti yang digambarkan sesetengah pihak tapi.. korang baca ajelah penjelasan panjang lebarnya disini..

Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful


Ramlang Porigi - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa menjadi mangsa percaturan politik.

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan juga mendakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang mengarahkannya hadir di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang menuduh diliwat Anwar.

"Majlis sumpah itu telah dirancang oleh orang-orang parti politik dan pengarah Jawi dengan menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka," katanya dalam pendedahannya kepada Malaysiakini hari ini.

Ramlang mendakwa Che Mat yang berada di masjid itu pada 15 Ogos lalu untuk menghadiri majlis sumpah itu bagaimanapun "bersembunyi di belakang mimbar" di dewan sembahyang masjid tersebut.

Beliau juga mengetahui arahan Che Mat itu melalui seorang pegawai masjid itu, Hafizan Ibrahim.

sumber Malaysiakini.

sebutir kata:
Banyak betul kambing hitam semenjak dua menjak nie.. mana kambing putihnya.. simpati betul buat Ramlang.. teraniaya diwaktu menjalankan tugas..

Kenyataan media pejabat Sultan Perak

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri semua 31 ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan." sumber MY ADHA

sebutir kata:
Game over.. keadaan, kuasa dan pengadil tidak memihak kepada PR, begitu juga dengan SPR. Surat speaker tentang pengosongan dua Adun telah tidak dilayan dan kini istana telah membuat keputusan yang perlu diterima sebagai bijaksana..

Bagaimanapun.. ingatlah rakyat di seluruh negara sedang memerhatikan keletah BN dan PR secara kritis. Buatlah apa yang difikirkan betul dan jangan lupa rakyat sedang menilai dan penilaian ini akan dijelmakan dalam pilihanraya akan datang.. Insyaallah..

Everton steal late FA Cup win


Kita kendurkan sikit urat yang tegang dik krisis politik di Perak dengan buat sedikit imbasan piala FA yang berlangsung semalam:

Everton mengejutkan Liverpool dengan jaringan lewat diminit 118 oleh pemain muda Dan Gosling. Dengan ini Liverpool telah terkeluar dari persaingan FA Cup musim ini. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan semalam:

Everton 1-0 Liverpool
Burnley 3-1 West Brom
Nottingham 2-3 Derby County
Aston Villa 3-1 Doncaster
Blackburn 2-1 Sunderland

sebutir kata:
Liverpool gagal mengekalkan momentum kemenangan 2-0 keatas Chelsea pada 1 Feb yang lalu malah lebih memedihkan apabila Lucas Leiva dilayangkan kad merah diminit ke 76 dan kapten Steven Gerrad mengalami kecederaan..
Related Posts with Thumbnails