Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang kembali ke Rahmatullah

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi. Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

sebutir kata:
Alfatihah..

Peluang buat rakyat Perak khususnya untuk bersuara terutama sekali isu rampasan kuasa yang dilakukan Bee End baru baru ini yang mengakibatkan krisis perlembagaan yang teruk sehingga kini belum nampak jalan penyelesaiannya.. ada sok sek meminta DS Mohammad Nizar bertanding disitu.. tunggu dan lihat..

5 comments:

  1. BANGSA SINGH DALM MALAYSIA BARU BRAPA EKOR AJER....TAPI BILA DIA PUKUI NGAN KATA2 KURANG AJAR SIAL DIA TU, X DER SAPA NAK BACKING BANGSA MELAYU KITA...

    MEMANG HARAM JADAH BETUI LA SINGH LAKNAT TU....

    APA KATA KAMU....?

    ReplyDelete
  2. Aku rasa Karpal nie ada masaalah ngan kepala dia yg terlalu idealistik.. Hang tengok apa DSAI kata pasai dia:

    "Ketua umum PKR DSAI berkata, Karpal kecewa dengan beliau kerana tidak bersetuju dengan peguam kanan tersebut untuk menyaman Sultan Perak berhubung pertukaran kerajaan di Perak".. sumber: http://www.malaysiakini.com/news/97891

    Tapi hang kena ingat gak.. UMNOlah yang meminda perlembagaan negara membolehkan Sultan dan Raja2 Melayu disaman dan diheret ke Mahkamah.. jadi hang ludah Karpal, hang kena jentik telinga UMNO yang bertanggung jawab merintis kemungkinan tersebut.. dan bagi aku, aku menyokong penuh bahawa tiada sesiapa yang mengatasi undang2 negara..

    ReplyDelete
  3. Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah kita tinggalkan politik gawat itu, sambil tersenyum sinis melihat mereka bersendiwara di atas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka. Bak kata al-Quran: (maksudnya)

    “Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).


    Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Takathur yang sering kita baca: (maksudnya)

    “Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! - kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”. (ayat 1-8).

    marilah kita renung2kan dan selamat beramal.

    ReplyDelete
  4. MEMINJAM KATA:

    1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

    2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

    3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

    4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

    APA KATA SAUDARA.....MARILAH KITA RENUNGKAN BERSAMA....SECARA ILMIAH TANPA ADA PERASAAN PARTI....

    ReplyDelete
  5. Salam Adrogan 8:05 PM,
    Saya setuju.. takbur, angkuh, sombong dan sewaktu dengannya adalah pakaian Allah swt yang tidak layak diguna pakai oleh hambanya.. ISLAM tidak melarang berpolitik secara sihat.. dan saya yakin hanya politik ISLAM saja dapat menyatukan ummah..

    Adrogan 8:12 PM
    Saya berbangga sikap non-partisan saudara.. tapi tidakkah Adrogan itu sendiri sudah partisan kesatu puak didalam PAS seperti yang diwar2kan ramai?

    Maafkan saya, situasi sekarang amat tidak mengizinkan saya untuk tidak memihak walaupun saya tiada keahlian kemana2 puak setakat ini..

    MEMINJAM KATA:
    1. Percubaan meleset para soldadu tua dan muda yang mendakwa mirip persamaan adegan “lompat” UMNO-BN dengan saranan saya sebelum ini! Dan sepertimana yang dihebah oeh TV3 umpamanya ternyata hambar kerana mempertahankan adegan ala penculikan, rasuah dan ugutan dengan arahan Dato’ Seri Najib. Pelawaan saya adalah secara terbuka dan sambutan juga harus telus. Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok. Kalangan yang memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah.. DSAI

    2. Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam, Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan - Dr Harun Din

    3. Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.. dimana DAP? readmore: http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/umno-pembela-melayu-2.html

    4. GEORGETOWN: Beberapa bangunan milik Umno bahagian dan cawangan di Pulau Pinang didakwa gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu berjumlah RM236,558.24 sejak beberapa tahun lalu. Bangunan berkenaan ialah Umno Bahagian Permatang Pauh dengan tunggakan RM25,548 sejak tujuh setengah tahun lalu, Umno Cawangan Pekan Darat, Kepala Batas berjumlah RM1,582 (tujuh tahun).

    Umno Cawangan Teluk Air Tawar di Butterworth sebanyak RM228 (10 tahun), Umno Bahagian Bagan sebanyak RM209,135.45 (10 tahun setengah) dan Sekretariat Kelab Umno di Permatang Pauh sebanyak RM64 (setahun). - Berita Harian

    Wallahuallam.. :o

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails