Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 12, 2009

David Arumugam, Khadijah bergelar Datuk


PEKAN: Dua penyanyi popular tanah air, David Arumugam dan Khadijah Ibrahim, hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.

David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masingmasing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.David merupakan penyanyi utama kumpulan Alleycats manakala Khadijah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Ketika ditemui, David berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada kumpulan Alleycats yang telah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hampir 40 tahun."Anugerah ini adalah untuk para peminat kumpulan Alleycats, terima kasih," kata David

sumber: mStar online

sebutir kata:
Terimaa kassiiiiihhhhhhhhhhh... (sengau skit.. heh.. heh..)

4 comments:

  1. Tumpang baca aje ker.. heh.. heh..

    ReplyDelete
  2. Din,
    Dia tak nak bertanding di Bukit Selambau ke?

    ReplyDelete
  3. Pak Sheikh dah hint nakkan calon tahan diuji.. bukan calon tabung uji.. heh.. heh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails