Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth tawar letak jawatan ADUN, exco


Terkini: MB Selangor tawarkan Eli bercuti sehingga kemelut tersebut di selesaikan diperingkat tertinggi PKR setelah mengadap Sultan Selangor..

PETALING JAYA:
Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi. Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.. sumber: mStar

sebutir kata:
Heroin politik demokrasi yang rela melepaskan jawatan demi tanggungjawab moral dan maruah parti. Walaupun banyak sokongan untuk dia tidak melepaskan jawatan kerana isu peribadi, tetapi setelah dua pertemuan peringkat tertinggi PKR diadakan, kemungkinan arahan untuk mengosongkan kerusi DUN Bukit Lanjan itu ada.. isu peribadi yang kini menjadi bualan umum.. sungguh menjijikkan.. telanjang dalam bilik pun tak boleh.. isk.. isk..

Kini terbukti ahli2 PR berani dan bermaruah.. tak cakap kosong punya.. macamana agaknya BN hadapi semua ini sekiranya ada ADUN2 nya yang terlibat? Tak payah cakap.. semua dah tau dah..

Bertambah panas politik Malaysia.. PRK di 3 bukit (Bukit Selambau, Bukit Gantang dan terkini mungkin di Bukit Lanjan) diwaktu terdekat ini.. heh.. heh.. meriah.. meriah..

7 comments:

  1. Salam ziarah
    ingat selalu pada Allah

    ReplyDelete
  2. Salam Pak..
    Insyallah.. dan maafkan saya jika terover sikit..

    ReplyDelete
  3. Saya gatai tangan sikit bila linkan blog ini dengan blog http://bongkarsauh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Auuum !

    Letak jawatan ? bagus, jangan bikin kotor pada PR

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah buat Zolkharnain..

    Auuum.. sekurang2nya mau juga dia berundur walaupun diperingkat tawaran..

    ReplyDelete
  6. BUAT APA LAH KALAU DIPUJI SEBAGAI HEROIN.....DARI SEGI MANA SAUDARA MENILAINYA....

    SEMUA YG TERJADI SUDAH ADA KETENTUANNYA.....KITA HANYA PELAKON SAJA....CUMA ALLAH BERIKAN AKAL YANG MASIH WARAS SUPAYA BERFIKIR UTK DIJADIKAN DOSA @ PAHALA....

    NAMPAKNYA KETAKSUBAN SAUDARA AMAT JELAS TERHADAP PARTI YG SATU INI....MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.....BEGITULAH AKAN JADI KESUDAHANNYA....SELIDIK DULU DARI MANA BETULNYA SUPAYA SAUDARA TERHINDAR DARI GOLONGAN MUNAFIQIN....APAKAH SAUDARA BERFIKIRAN SEPERTI ISLAM LIBERAL?

    APA KATA SAUDARA.....

    ReplyDelete
  7. Salam Adrogan..
    Sekadar renungan buat diri sendiri..

    "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails