Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 4, 2009

Kerajaan Perak tidak iktiraf 2 ADUN


IPOH: Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam tadi berkata, jawatan exco yang dipegang oleh keduadua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya, tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

sebutir kata:
SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masing masing" Lim Kit Siang.. sumber WARTA KERAJAAN RAKYAT.

2 comments:

  1. Din,
    Kalau dia orang dah tak boleh masuk Dewan Undangan Negeri, dia kena masuk Dewan Orang Ramailah atau Dewan Serbaguna.

    ReplyDelete
  2. Dewan Bahasa dan Pustaka lagi tak leh terima.. pasai suka bohong.. kah.. kah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails