Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 1, 2009

Makanan askar Zionis dibekalkan syarikat Mesir?


Ahad, 01/02/2009 - Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin.

Akhbar Al-Osboa menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan mereka di Gaza. Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama, rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza.

sumber : maszlee malek (email dari Adha.. tks)

sebutir kata:
Tidak dapat disahkan berita diatas.. bagaimanapun teringat posting terbaru Prof tentang kekejaman terlampau Yahudi disini.. seluruh dunia diseru mengutuk tapi ada gak negara yang mengaku seagama menyula rakyat Palestin secara diam..


Al-Fatihah buat yang terkorban,
Allahuakbar buat pejuang-pejuang,
Yang tidak jemu menanti,
Kebebasan yang entah bila datangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails