Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 4, 2009

Terserah kepada DYMM Sultan Perak


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) kini memiliki majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk membentuk kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini berikutan keputusan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; dan Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, keluar parti hari ini.

"Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, pula menyatakan pendirian kembali menyertai Umno," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, sebentar tadi. Berikutan itu, BN memiliki 28 kerusi dengan tiga Adun Bebas yang menyokongnya, manakala Pakatan Rakyat hanya tinggal 28 kerusi.. sumber Berita Harian


Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak. Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.

Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak. Ini bermakna, beliau telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.. sumber SIASAH.

sebutir kata:
Segala galanya terpulang pada budibicara DYMM Sultan Perak.. beliau memerlukan masa dalam menimbangkan situasi terkini politik Perak.. on paper.. PR telah jatuh.. GAME OVER.. BN 28, PR 28 dan bebas yang tak bebas 3 seat (istihar jiwa dan raga adalah BN).. hanya keajaiban dari Allah dapat menegakkan kembali kerajaan PR dibumi Perak..

Sebagai peringatan buat semua penyokong PR.. lain kali jangan sombong dan angkuh.. baru dapat sekoq katak, riuh rendah seMalaya..

Ingatan ikhlas buat semua penyokong PR.. bersolat hajatlah dan panjatkanlah doa pada Allah swt.. semoga kebenaran akan peroleh kemenangan.. buat semua yang terbaca posting ini, ingatlah.. semua kita diperhatikan ALLAH.. kesemuanya..

1 comment:

  1. SETIAP APA YG DIKECAPI ITU HANYALAH SATU DUGAAN DARINYA....IA BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA....

    NANTIKAN SELEPAS INI....
    BAGAIMANA STARTEGI KERAJAAN UTK PULAU PINANG....
    ADAKAH MELALUI MPSP PULAK....
    KITA SAKSIKAN.....

    CUBA SAUDARA BAYANGKAN.....SATU KAPAL BERSAMA 3 NAKHODA TENGGANG....SEMUA KERAS KEPALA...
    MANAKAN BISA BERJAYA SAMPAI KE DESTINASI....SEKADAR ANGAN YG TIADA KESUDAHAN....DAN KESEMUA 3 NAKHODA ITU SUDAH LANJUT USIANYA....

    ANDAI NAKHODA TUA DAH TIADA, MAKA YANG MUDA PULA AKAN BEREBUT TAMPOK JAWATAN....MAKIN KELAM KABUT JADINYA....NAK HARAPKAN SIAPA PULAK....

    JADI,SAYA SEBAGAI ORG MELAYU, TIDAK JUGA MENYUKAI KERAJAAN APATAH LAGI PIHAK PEMBANGKANG....
    TP ATAS PILIHAN YG KITA ADA, KITA HARUS MEMBUAT KEPUTUSAN TERBAIK...
    JGN JADI TAKSUB KEPADA PEMIMPIN YG KITA SOKONG....SEBABNYA KITALAH PEMIMPIN UTK DIRI KITA..... ITULAH JALAN YG TERBAIK...UTK BANGSA KITA YG SEMAKIN MENUJU KPD PERPECAHAN....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails