Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 1, 2009

Perak bergolak


Maklumat diterima: Terdapat 3 wakil rakyat dari Pakatan Rakyat di jangka menyeberang menyertai Barisan Nasional sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat goyang. Menurut maklumat 2 dari mereka Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang berhadapan dengan kes rasuah kini gagal dihubungi.

Menurut Ketua Perhubungan PKR Negeri Perak, Osman Abdul Rahman kedua-dua mereka gagal dihubungi dan dikatakan gagal menghadiri mesyuarat EXCO. Menurut Malaysia Kini – dengan keadaan tersebut sekiranya benar berlaku, kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat mungkin terpaksa berdepan dengan pilihan raya semula untuk membentuk kerajaan baru.

Osman Abdul Rahman dalam kenyataan beliau meletakan Najib Tun Razak terlibat dalam memujuk kedua-dua mereka dan sebagai imbuhan kes rasuah mereka akan di gugurkan. Sekiranya ini berlaku apa yang lebih jelas kelihatan adalah kedudukan Suruhan jaya Pencegahan Rasuah yang tidak telus dan bebas. Sekiranya rundingan ini melibatkan pembebasan kedua-dua mereka dalam pertuduhan rasuah maka integriti SPRM akan terus di persoalkan. Dari sudut politik memang penghijrahan kedua-dua EXCO Perak itu akan memberi keuntungan kepada UMNO dan Barisan Nasional tetapi apa yang penting adalah imej SPRM dan ini melibatkan imej kerajaan negara ini secara keseluruhan.

Dimaklumkan juga perkara ini mungkin akan terbongkar dengan pengakuan keluar mereka dalam tempoh 24 – 48 jam akan datang. Dalam perkembangan yang sama juga – isu ini juga ada berkaitan dengan perletakkan jawatan Tajol Rosli dan penggantian Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak. Apa pun, kenyataan dan tuduhan PKR Perak dalam isu ini belum dapat dibuktikan dan orang 3 yang akan menyeberang itu belum dikenal pasti.

sebutir kata:
Tak dak alasan yang wajar untuk diami rumah UMNO yang jijik itu. Kebangkrapan nilai dan prinsip dalam UMNO lebih meloyakan dewasa ini..

Beristikharahlah memohon ilham dan petunjuk daripada Yang Esa..

2 comments:

  1. ehh..baguslah lepas nie BN takbir perak..PKR bukan boleh pakai..tabur janji sana sini..untungkan pihak lain buat paa..aku lagi suka sangat2 PKR tumbang..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam nURt..

    Game baru bermula.. kita tengok dulu sapa yang kena.. heh.. heh..

    Pakatan Rakyat adalah hak rakyat.. pemerintahan kerajaan negeri gak hak rakyat.. kita pulangkan kepada rakyat yg menentukan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails