Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 2, 2009

Perak: SPR sudah dimaklum kekosongan


[Dikemaskini, 12.45 tengahari] PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja menerima notis pengesahan kekosongan mana-mana kerusi termasuk di Perak, yang kini "menuju kontroversi perundangan".

Sama ada seseorang wakil rakyat itu mahu mengambil tindakan mahkamah kononnya pihak tertentu atau parti mereka menggunakan surat letak jawatan yang telah ditandatangani terlebih awal, sebelum kekosongan diumumkan, merupakan satu soal berlainan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker. Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.


Sementara itu, professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari berkata, keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Tindakan ADUN kedua-dua kawasan tersebut iaitu Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.

sebutir kata:
Setakat ini boleh dikatakan sahih dah 2 PRK bakal diadakan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering, Perak.. satu lagi tekanan pasti buat BN setelah hilang 5 negeri dalam PRU Mac 2008 dan tewas teruk di 2 PRK P44 Ptg Pauh dan P36 K Terengganu.

2 comments:

  1. ya~ dan kali ni prk di perak~

    negeri yang banyak isu dan kontroversi slps pru 12,

    kita akan tengok ape reaksi rakyat pada keputusan itu nanti.

    :)

    ReplyDelete
  2. Ada yg kata sentimen rakyat Perak skrg nie PR 60 - 40 BN.. tul ke.. heh.. heh..

    How bout N9.. dgr panas gak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails