Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 2, 2009

PM Erdogan mahu dunia iktiraf Hamas


ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa pergerakan Hamas merupakan sebuah parti politik bukannya sayap Iran, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan majalah Newsweek yang disiarkan di Internet kelmarin.

"Sekiranya seluruh dunia memberikan Hamas peluang menjadi pemain politik selepas memenangi pilihan raya mungkin pergerakan itu tidak akan menghadapai situasi seperti ini," katanya. "Keinginan politik penduduk Palestin tidak diendahkan oleh dunia dan masyarakat antarabangsa juga gagal menghormati kewujudan Hamas yang sah," ujarnya.

"Wilayah Palestin kini umpama sebuah penjara terbuka," jelasnya.

Erdogan juga mendedahkan berhubung rundingan antara Israel dan Syria yang dimeterai dengan bantuan Turki pada tahun lalu.

Menurutnya, beliau terlibat secara langsung dalam rundingan diplomasi melalui telefon antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Syria, Bashar Assad. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan Hamas harus terlibat dalam rundingan antara Syria dengan rejim Zionis tersebut.


Erdogan mendapat pujian ramai setelah bertindak keluar dari sesi dialog semasa sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland sedang berlangsung pada Khamis lalu.

Tindakan itu dibuat setelah beliau tidak berpuas hati kerana pengacara majlis memberinya 15 minit untuk bercakap tetapi membenarkan Presiden Israel, Shimon Peres bercakap panjang lebar mengenai isu Gaza.

Keberanian Erdogan menerima banyak pujian daripada dunia Islam termasuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

sebutir kata:
Pujian yang diberikan buat PM Erdogan adalah kerana keberaniannya menuding jari terhadap kesalahan jenayah kejam Israel di Gaza..

Keberaniannya ketika dia dipuncak kuasa, sebagai PM Turki yang merdeka.. bukan macam sesetengah pemimpin yang berani bila dah tak dak kuasa.. masa dia berkuasa, penakut no 1 terutama terhadap kuasa Polis dunia, US.. kalau dia berani pun sikit2 aje ditunjukkan dikampong halaman dan itupun sebagai menagih dokongan rakyat.. isk.. isk..

2 comments:

  1. Jika ada 3 orang Erdodan US akan tak tidur malam

    ReplyDelete
  2. Salam Pak..
    Keberanian dia luarbiasa sekali, berani kerana tidak takut jatuh walau sedang berada dipuncak kuasa.. kerana percaya kuasa Allah melebihi segala galanya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails