Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 2, 2009

Politik ugut mengugut


Kita ternanti-nanti kemunculan dua ADUN KeADILan yang akan mengumumkan untuk keluar parti. Namun kelibat mereka tidak kelihatan. Kita masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi.

Tambahan lagi pendedahan dua surat akuan bersumpah oleh ADUN Bukit Selambau, saudara V. Arumugam dan saudara Fauzi Muda, Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, sememangnya membuktikan Barisan Nasional yang dikuasai Umno sudah muflis dari sebarang etika berpolitik.

Benar, ‘politik adalah panglima’ kata Kuo Mo Jo, penyair asal China, kerana ianya berkuasa tatkala digunakan untuk mempertahan serta menunaikan hasrat rakyat agar Perubahan terlaksana. Bukannya demi memuaskan nafsu untuk untuk terus bersemayam di tampuk pemerintahan dan menggunakan aparat kekuasan untuk kepentingan peribadi. Malanglah sekiranya politik Machiavelli yang terus digunapakai..

ANWAR IBRAHIM

sebutir kata:
"Kegagalan hari ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

2 comments:

  1. POLITIK HARUS MENYATUKAN AGAMA,BANGSA & NEGARA. BUKAN MEMPORAK PERANDAKAN SUASANA.

    AGAMA YG HARUS DITEGAKKAN DULU...
    TP APA YG DILIHAT DLM PKR AKA PR PERAK... NAMPAKNYA MAKKAL SAKHTY....TAK BETUL BEGITU...

    IGTLAH.....BANGSA YG PERNAH MENUMPANG TIDAK AKAN BERASA PUAS SELAGI BANGSA ASALNYA X MERASA SEPERTI APA YANG TELAH DIRASAI MEREKA... SAMA RATA SAMA KUASA..ANDAI ITU YG KAMU PERJUANGKAN....JADILAH SEPERTI DUNIA ARAB....

    MELAYU PERLU BERSATU....KITA SEMUA HANYA BERLAINAN IDEALOGI TP MASIH DIBAWAH RUMPUN MELAYU BERNAUNGKAN ISLAM.

    INGATLAH! KITA ISLAM BERSAUDARA....

    ReplyDelete
  2. Adrogan..
    Benar, agama yg harus ditegakkan..

    Kenapa ketuanan Melayu yg dilaungkan lebih dari ketuanan ISLAM..

    ISLAM itu agama tanpa mengira bangsa.. keadilan ISLAM pada semua tanpa ras ras bangsa..

    Wallahuallam..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails