Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 4, 2009

PR timbang adakan pilihanraya mengejut di Perak


Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

Walaupun kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihanraya mengejut untuk mengelak wakil rakyatnya melompat parti menyertai BN, langkah Pakatan seterusnya untuk menyelesaikan situasi yang genting itu ialah mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mengiktiraf surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Osman. Malaysiakini..

sebutir kata:
Nampak gayanya lepas ini kuasa tentukan kosong atau tidak kerusi ini bukan lagi di tangan Speaker tapi SPR.. heh.. heh.. lawak2..

Sperti kata bro TT
disini.. SPR tidak ada hak untuk menolak , memikir, berbincang atau berangan-angan – ini BUKAN tugas SPR. Apa yang perlu dilakukan oleh SPR ialah menetapkan tarikh, mencari tempat mengundi dan menyusun para pegawai. Membodek tidak termasuk dalam piagam Suruhanraya Pilihanraya.

Bila keputusan terbalik kuang camnie.. yang buatkan rakyat prejudis merasakan ada tangan2 ghaib disebalik keputusan kontroversi SPR ini.. umum dah tau BN takut hadapi sebarang PRK diwaktu terdekat ini.. sedangkan PR yakin boleh harungi setelah 2 PRK yang teramat berjaya dilalui.. jangan over confident dah ler.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails