Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 1, 2009

Sah pilihanraya kecil di 2 DUN di Perak


Kedua-dua ADUN Perak yang dikatakan hilang sejak 5 hari lalu telah menamatkan spekulasi apabila menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN Perak,V. Sivakumar petang tadi. Maka sahlah 2 Pilihanraya Kecil bakal diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang. Makluman rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat esok.

Kedua-dua ADUN berkenaan merupakan EXCO kerajaan negeri Perak. Mereka ialah Jamaluddin Mat Radzi 52, (Behrang) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan dan Mohd Osman Jailu 57, (Changkat Jering) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Maka seluruh ahli Pakatan Rakyat diminta bersiap sedia dari sekarang, berjuang bagi menyelamatkan kerajaan negeri Perak. Walaupun begitu andainya BN memenangi kedua-dua DUN ini, PR masih mempunyai majoriti 1 kerusi untuk memerintah negeri Perak.

sebutir kata:
Satu keputusan mengejutkan. Jangkaan ramai menyangka kedua-dua mereka akan masuk UMNO, namun akhirnya skrip bertukar dan sudah pasti ia memberi sedikit kelegaan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak. Satu kejadian yang agak aneh apabila kedua-dua ADUN itu meletakkan jawatan serentak.

Bagaimanapun syukur kita disebalik tekanan hebat dari orang tertentu dengan mengugut, memujuk agar mereka melompat ke UMNO, tapi demi maruah dan tidak rela kerajaan PR di Perak dirampas secara mudah, maka mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN, serahkan semula buat rakyat. Biar rakyat beri mandat baru. Sekali lagi ini merupakan tekanan buat UMNO dalam merampas kembali kerusi panas berkenaan dari PR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails