Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 6, 2009

Tahniah rakyat Perak: anda kini punyai dua MB


Kemaskini 4pm:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.


MB Perak dari PR sebelum ini ialah DS Mohammad Nizar telah enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak istana dan hingga kini masih bertahan dengan prinsip, PR adalah kerajaan pilihan rakyat.. kedudukan kerusi PR-28 dan BN-28 berserta Bebas-3 menguatkan lagi DS Mohammad Nizar yang kuasa rakyat sebenarnya dirompak..

sebutir kata:
Senario yang berlaku di negeri Perak itu memang nampak benar campur tangan dari istana untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan.. campur tangan ini tidak jelas sehinggalah pada hari-hari terakhir sebelum kerajaan benar nazak. Istanalah mempercepatkan mengakhiri riwayat kerajaan Pakatan Rakyat..

1 comment:

  1. Pada fikiran aku, apa yang BN buat ini sama seperti yang PR buat untuk menubuhkan kerajaan 16Sept08 dulu. Seperti biasa bila PR buat boleh, tetapi bila perkara sama dilakukan oleh pihak BN, PR kata tak boleh pulak. Begitu juga dengan BN..dan begitulah ragam orang politik.. boleh bila menguntungkan pihak sendiri.. dan tidak boleh bila menguntungkan pihak lain

    Bagi aku kerajaan mana pun boleh... tapi biarlah tindak tanduknya tidak dibayanyi oleh pihak lain dan yang penting kedaulatan raja dan bangsa dijaga. Biarlah kerajaan itu disenangi oleh seluruh rakyat... bukannya disenangi oleh "rakyat yang bertindah bodoh dan gopoh tetapi kelihatan seperti mewakili kebanyakan rakyat, yang menunjukkan perlakuan tidak sopan dan sentiasa memandang serong kepada pihak yang tidak memihak kepadanya".. walhal rakyat terbanyak sebenarnya tidak pun menyokong golongan ini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails