Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 3, 2009

Terkini: Tiada PRK di Perak.. SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong - Behrang dan Changkat Jering - masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.

Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.

Pada hari yang sama, Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa.. sumber Malaysiakini

sebutir kata:
Dengan ini bermakna tidak akan ada PRK untuk Dun Behrang dan Changkat Jering seperti yang diharapkan oleh PR.. bertambah panasss..

1) Adakah ada tangan2 ghaib yang melakarkan keputusan SPR tentang isu ini..
2) Apakah ini membuatkan PR Perak membubarkan DUN untuk dapatkan mandat baru rakyat..
3) Apa lagi langkah DSAI seterusnya dalam menghadapi situasi genting tidak seperti yang dirancangkan..
4) Bagaimana agaknya bro Mohd Osman menghadapi pengundi2 dikawasan Changkat Jering..
5)
Bagaimana dengan sakit belakang sdr Jamal.. dah lega ke..

Isk.. isk.. panas dan suspen betul.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails