Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 4, 2009

Tiga ADUN masuk BN, Perak tumbang?


[DIKEMAS KINI, 4 PETANG] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN). Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.

Sementara itu Nasarudin yang gagal dihubungi dipercayai 'hilang' dan disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu. Perkara tersebut dimaklumkan isteri beliau bahawa Nasarudin telah dijemput oleh dua orang yang tidak dikenali di rumah mereka sebentar tadi.

Dalam pada itu, ketika ini juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menuju ke Istana Kinta bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini. Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.

Nizar turut dijadualkan mengadakan sidang media pada petang ini dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.

sebutir kata:

Makin panas dan suspen.. menggelisahkan seantero Malaya.. sekiranya benar bagai dilaporkan oleh mStar disini.. maka confirmed PR Perak bakal tumbang sebelum perkenan dari DYMM Sultan Perak.. isk.. isk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails