Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 12, 2009

MU benam Inter Milan 2-0


MANCHESTER: Manchester United meneruskan keunggulan sebagai penyandang juara dengan menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan Inter Milan 2-0, di Old Trafford, pagi tadi.

Gol awal United diperoleh menerusi Nemanja Vidic pada minit ke-4, diikuti jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-49. Pada pertemuan dengan Inter di San Siro Itali dua minggu lalu, kedua-dua pasukan hanya seri tanpa jaringan. Kemenangan itu membolehkan United melangkah sebagai lapan pasukan untuk saingan suku akhir.

Amaran Benitez buat Man United

LIVERPOOL: Rafael Benitez percaya kejayaan Liverpool memalukan Real Madrid dalam kancah bola sepak Liga Juara-Juara mengatur pentas dengan sempurna untuk pasukannya bagi menjinakkan Manchester United dalam pertarungan penentu nasib dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Benitez mengakui Liverpool perlu menang di Old Trafford atau melupakan untuk mengejar pencabar mereka dalam perlumbaan kejuaraan domestik, dan kemenangan 4-0 yang dirangsang Fernando Torres ke atas Real adalah persediaan yang cukup baik untuk pasukannya.

"Apabila anda berdepan perlawanan penting, jika pemain beraksi cemerlang dan menjaringkan empat gol menentang pasukan terbaik seperti Real Madrid, anda tentu puas hati," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. "Sebagai pengurus mungkin ini cara terbaik untuk menghadapi perlawanan besar."

sebutir kata:
Oooi.. takutnya kat Liverpool nie.. hangpa jangan ketaq bila jumpa MU dah.. ok.. wakaka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails