Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 13, 2009

Resepi: Tat kelopak



Bahan bahannya:

120 gm majerin
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
330 - 350 gm tepung gandun diayak
50 gm tepung jagung diayak

Bahan jem nenas:

450 gm parutan nenas - tapis
1 camca besar jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
  1. Pukul majerin, mentega, gula, kuning telur dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan ayak dan gaulkan rata menjadi doh.
  3. Canai setebal 4 mm. Terapkan dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
  4. Angkat dengan hujung pisau dan tekankan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat ditengahnya.
  6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letakkan diatas jem.
  7. Bakar pada suhu 175 C selama 15 - 20 minit atau sehingga keemasan.
  8. Untuk jem, jerang semua bahan diatas api yang sederhana sehingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Sebutir kata:
Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.

2 comments:

  1. Kak Ros,

    Nak tanya, untuk resipi ni berapa biji tart boleh dapat? (anggaran)

    Terima Kasih
    (Noni)

    ReplyDelete
  2. Hi Noni,
    Sebenarnya Kak Ros ni tukang jahit sepenuh masa, kali terakhir Kak Ros cuba resepi ni pun pada raya 2 tahun lepas..

    Insyaallah, Kak Ros nak cuba gak tahun ni, jimat belanja sikit.. heh.. heh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails