Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 12, 2009

Ego


Tiga lelaki Johari, Nazri dan Zambry sedang bersiap siap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi ahli parti EGO. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing masing.

Pegawai itu memberi senapang pada Johari dan dia kemudiannya masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya. Pegawai itu tersenyum, sekaligus menandakan Johari gagal menjadi ahli parti Ego.

Dia kemudian menghulurkan Nazri senapang sebelum memasuki bilik yang lain untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi ahli parti Ego, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri. Pegawai menggeleng geleng kepala tanda gagal melepasi ujian akhir itu.

Kemudian pegawai itu memberikan pula senapang kepada Zambry dan dia pun masuk bilik dimana isterinya berada.. setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian selang beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh..

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Zambry menjawab "Tuan bagi senapang peluru kapur.. jadi saya terpaksa mencekik leher isteri saya untuk membunuhnya."

Pegawai itu mengangguk sedikit terpegun.. anda lulus.. anda kini adalah ahli parti Ego..

(Pssst.. Zambry bunuh isteri tua kerana isteri keduanya lebih muda dan cantik..)

sumber: shalehudin

sebutir kata:
Ahli2 parti Ego tu memang jenih bodo sombong ker.. tapi heran sesangat la kalau majoriti rakyat masih bagi sokongan majoriti untuk mana2 parti jenih Ego camnie..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails