Sahabat adalah perisai diri

Monday, May 25, 2009

Waheeda mengelak isu


PETALING JAYA: "Jangan tanya saya, tanyalah orang yang rapat dengannya (Maizawati)," kata Waheeda berhubung pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengakui suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu.

Waheeda yang dihubungi hari ini tetap tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut dan menyerahkan apa saja penilaian yang dibuat oleh masyarakat terhadap dirinya.
"Tanyalah saja orang yang terdekat (ahli keluarga) dengannya," luah penyanyi itu sekali lagi, ringkas.

Maizawati di dalam sebuah akhbar hari ini mengakui dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, ibu kepada dua orang anak hasil perkahwinan dengan Akhil itu tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Menurut Maizawati, dia amat terguris dengan tindakan Akhil yang terus mendiamkan diri.

Malah, kisah antaranya dan Waheeda turut meninggalkan impak terhadap anak-anaknya yang terpaksa berpindah sekolah kerana tidak tahan diperli rakan-rakan.

Katanya lagi, berdia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.. seterusnya


sebutir kata:
Aku penggemar lagu Wassinni..
Kegemaran aku mungkin bertukar.. wallahuallam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails