Sahabat adalah perisai diri

Friday, June 5, 2009

Resepi: Kailan Hong Kong cendawan hitam

BAHAN-BAHAN:
200 gm kailan Hong Kong
6 keping cendawan hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
  2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.
sebutir kata:
Sedap tak patut.. cubalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails