Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, June 17, 2009

Tukar profession

Hangpa ingat senang ka buat bunga teloq.. sakit kepala.. sakit mata..

Tu tak termasuk buat tak jadi lagi.. sakit hati lagi..

Design bunga teloq tu dah sepasai.. dah siap design.. tempahan tak kunjung tiba.. orang kita bukan jenih tiap tiap tahun kena menikah..

Bila dah lama tak dak tempahan.. aku mula ingat nak tukaq profession..

Tak main dah bunga bunga teloq nie..

Tak dak masa la dok pintai dawai ngan benang.. isk.. tak kuasa aku.. heh.. heh..

Haa.. nie.. aku buat jualan langsung kereta Porsche pulak.. amacam ok dak..

Bunga rendah.. duit muka boleh tiga kali bayaq.. Bagi yang tak mampu, ha aku ada buat bayaq muka ikut sistem kutu.. nak join ka?

Aku ni mudah kesian, demi ketuanan melayu dan nak tolong melayu.. aku permudahkan lagi bagi yang betul2 tak mampu.. korang bagitau saja nak order tayar dulu ka.. sport rims dulu ka.. nak sepasang boleh.. nak sebelah dulu pun boleh.. amacam?


Aku ingat2 la, promosi dan mengambil tempahan pun aku nak buat sendiri.. tak mau pakai CKG @ Cik Kiah Glamour lagi dah.. mahai ooo komisyen dia walaupun tak la semahai komisyen kapai selam scorpene..

sebutir kata:
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails