Sahabat adalah perisai diri

Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad ke ICU


Agak menggemparkan bila mengetahui pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Yasmin dikejarkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara dan difahamkan para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Beliau sebelum itu berada di Sri Pentas berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Majoriti kita mengenali Yasmin melalui filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin dan berjaya menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Bersama kita panjatkan doa pada Yang Maha Esa. Yassin buat Yasmin.

1 comment:

  1. moga yasmin insaf dan lepas ni tak buat filem merepek lagi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails