Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 4, 2009

Karnival keluarga Convent BM

Hari ni cuti dari semua aktiviti.

Mengemas rumah cuti.
Mamasak cuti.
Menjahit baju pun cuti.
Pada semua kustomer, jangan kacau hari ni, aku nak cuti.. heh.. heh..

Hari ni atas permintaan anak pompuan sorang tuh, kami kena attend karnival keluarga sekolahnya, Convent BM yang di adakan di Kelab Rekreasi BM. Cari jalan saja setengah mati, nama saja orang BM.. hihi..

Masuk masuk aje aku dah terpandang artis pompuan sorang ni. Wow.. terus ajak bergambar. Memang Ning Baizura ni friendly giler la. Nak jadi artis memang kena gila gila camtu, tak boleh kontrol mancho sangat.. cayalah.

Dia yang turut saja beramal dengan lelongan bajunya yang dibawa sebanyak lebihkurang 7 kotak dari KL katanya.

Dia tak mai sorang. Ditemani laki dia yang tercinta, memalu menyorok belakang baju. Aku tengok mamat ni sama sibuk jual baju second hand. Nama dia jangan tanya aku, bukannya aku ikut sangat perkembangan depa nih.. heh.. heh..

Haa.. yang ni Tony Yusoff, sempat gak senyum kat anak teruna aku.. control mancho nampak..

Turut hadir memeriahkan suasana ialah ibu Fauziah Nawi dan jugak Zizan Nin dalam acara kuali ibu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails