Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, March 31, 2009

Tenung sebelum santai






sebutir kata:
Berhati hatilah tidak kira dimana sahaja anda berada walau di bilik termenung.. heh.. heh..

Amarah orang berakal nampak pada tindakannya, amarah orang jahil nampak pada ucapannya.

Saturday, March 28, 2009

Gambar menarik ari nie






sebutir kata:
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Thursday, March 26, 2009

Tedung Selar....

Assalamualaikum,
Saja Kak Ros dok belek2 email lama terjumpak pulak gambar ni.. wowww... nampak gagah dan perkasa.. kagum betoi la Kak Ros ngan makhluk Tuhan nie..

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya...


Tuesday, March 24, 2009

Petua: Kereta terkunci


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.

Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

sebutir kata:
Bagi mengatasi risau tertinggal kunci kat dalam keta.. ha.. aku cadangkan pakai keta macam kat atas tuh.. gerenti tak risau dah lepaih nie.. hujan?.. korang pikiaq la sendiri ok..

Wednesday, March 18, 2009

New design car









sebutir kata:
Member antar melalui email, mana dia sapu tah.. gempak gak nie..

''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''

Tuesday, March 17, 2009

Majlis perkahwinan Azhari & Mahfuzah


Sekapur sireh seulas pinang, semekar senyum seikhlas hati, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana termakbullah sudah penyatuan dua hati:

Mohd Azhari bin Haji Mahmud dengan pasangannya Mahfuzah binti Haji Othman pada 17hb Mac 2009.



Sebahagian dari hantaran pihak perempuan yang sempat dirakam.


Sibuk nampak, seronok la hang dapat adik baru.. heh.. heh..

Meriah walau tak banyak kekawan yang dapat datang memeriahkan majlis.. keja.. nak buat camana..

Ceria ngan wajah2 sanak saudara walaupun di hari kerja..


Majlis santapan berhidang raja sehari..

sebutir kata:
Renungkanlah. ..
Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama..

Video: Bijak gunakan kemudahan

sebutir kata:
Semua orang harus bijak gunakan kemudahan dengan sebaiknya..

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

New fraud tactics

It's worth taking note..





Dapat email dari seorang kawan.. nasihat yang diberi akan dipublish dalam beberapa siri khas buat peringatan semua..

Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn't know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine.

I answerd 'NO!! If you need help, ask the security to help you.'

Then he said 'nevermind.. ' and continued to find other people to help him..

REMEMBER : ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card.

Besides, his ATM card could **** be a stolen one. So please be careful of these tactics.

Dunia glokal nie.. nak tolong orang pun kena jaga2 gak.. banyak kes2 yang kita sebenarnya bagai tolong anjing yang tersepit.. digigit dan disalak seantero Malaya lepaih dia rasa terlepaih dah..

Emm... dok pikiaq nie.. ada ke apa2 paedah kalaulah semua mesin ATM lepaih nie kita buat cam kat bawah nie.. camana? sumber.. shalehudin


sebutir kata:
Kisah nie memang benar2 pernah terjadi dan kemungkinan bakal terjadi bagi sesiapa yang tak berhati2 dan terlalu bermurah hati tak kena tempat.. berhati hatilah..

Monday, March 16, 2009

Datin Seri Rosmah terkejut


"Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang ain sengsara," katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Tetapi bagi saya, saya tidak terganggu dengan semua ini kerana saya tahu mereka akan lakukan apa sahaja untuk menghalang suami saya daripada menjadi (pemimpin), dan mereka memilih cara yang salah," katanya.. sumber Malaysiakini

Sebutir kata:
Aku akan lebih terkejut jika DS Rosmah langsung tak terkejut.. heh.. heh..

Friday, March 13, 2009

Resepi: Tat kelopak



Bahan bahannya:

120 gm majerin
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
330 - 350 gm tepung gandun diayak
50 gm tepung jagung diayak

Bahan jem nenas:

450 gm parutan nenas - tapis
1 camca besar jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
  1. Pukul majerin, mentega, gula, kuning telur dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan ayak dan gaulkan rata menjadi doh.
  3. Canai setebal 4 mm. Terapkan dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
  4. Angkat dengan hujung pisau dan tekankan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat ditengahnya.
  6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letakkan diatas jem.
  7. Bakar pada suhu 175 C selama 15 - 20 minit atau sehingga keemasan.
  8. Untuk jem, jerang semua bahan diatas api yang sederhana sehingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Sebutir kata:
Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.

Thursday, March 12, 2009

MU benam Inter Milan 2-0


MANCHESTER: Manchester United meneruskan keunggulan sebagai penyandang juara dengan menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan Inter Milan 2-0, di Old Trafford, pagi tadi.

Gol awal United diperoleh menerusi Nemanja Vidic pada minit ke-4, diikuti jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-49. Pada pertemuan dengan Inter di San Siro Itali dua minggu lalu, kedua-dua pasukan hanya seri tanpa jaringan. Kemenangan itu membolehkan United melangkah sebagai lapan pasukan untuk saingan suku akhir.

Amaran Benitez buat Man United

LIVERPOOL: Rafael Benitez percaya kejayaan Liverpool memalukan Real Madrid dalam kancah bola sepak Liga Juara-Juara mengatur pentas dengan sempurna untuk pasukannya bagi menjinakkan Manchester United dalam pertarungan penentu nasib dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Benitez mengakui Liverpool perlu menang di Old Trafford atau melupakan untuk mengejar pencabar mereka dalam perlumbaan kejuaraan domestik, dan kemenangan 4-0 yang dirangsang Fernando Torres ke atas Real adalah persediaan yang cukup baik untuk pasukannya.

"Apabila anda berdepan perlawanan penting, jika pemain beraksi cemerlang dan menjaringkan empat gol menentang pasukan terbaik seperti Real Madrid, anda tentu puas hati," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. "Sebagai pengurus mungkin ini cara terbaik untuk menghadapi perlawanan besar."

sebutir kata:
Oooi.. takutnya kat Liverpool nie.. hangpa jangan ketaq bila jumpa MU dah.. ok.. wakaka..

Tuesday, March 10, 2009

Wall paintings III
















sebutir kata:
Aku masih terpinga pinga ngan streamyx line aku.. hu.. hu..

Confidence on the Outside begins by Living with Integrity on the Inside.

Friday, March 6, 2009

Petua: Ubat kaki pecah


Dua tiga ari nie sibuk sikit ngan dunia..
PC pun buat perangai..
streamyx pun problem..

Anyway posting ringkas nie adalah berkenaan ngan petua buat kaki pecah2.. sakit ooo..
Kaki pecah belah lagi sakit.. sakit ati.. heh.. heh..

Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.

Waktu mahu tidur malam, bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. Insyaallah.. kata org2 tua.. akan beransur baik..

sebutir kata:
Perlu diingatkan.. petua ini hanya disyorkan untuk kaki pecah2.. kepala pecah tak boleh guna petua nie.. takan tak paham kot.. heh.. heh..

Sunday, March 1, 2009

Wall paintings II






sebutir kata:
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.
Related Posts with Thumbnails