Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, April 29, 2009

Video: Why woman stay single

sebutir kata:
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

Tuesday, April 28, 2009

Dr Mansor menanti di Penanti


Sah! Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mansor Osman akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Ia diumumkan oleh Anwar di Yayasan, Aman, Penanti di bahagian Permatang Pauh sebentar tadi. Turut hadir pada majlis pengumuman nama bakal calon itu ialah Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. "Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan. Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.. sumber: shalehudin

Din:
Selamat berjuang.. semarakkan demokrasi secara aman dan berhemah..

Monday, April 27, 2009

Wabak selesema Babi


BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.

Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu,

Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penularan wabak itu.

Seramai 1,342 orang sakit akibat penyakit maut itu sejak 13 April lalu, menurut perangkaan yang dikemas kini lewat kelmarin oleh Setiausaha Kesihatan Mexico.Tentera dan pekerja kesihatan Mexico meronda di lapangan terbang dan stesen bas ketika cuba mengasingkan penduduk yang mungkin dijangkiti penyakit itu, ketika semakin jelas kerajaan bertindak lambat untuk bertindak balas terhadap penularan itu pada Mac dan awal April lalu.

Malah tindakan mengasingkan pesakit mungkin tidak menghalang penyakit itu merebak, kata pakar epidemiologi.

Sebanyak 24 kes baru dilaporkan di Bandaraya Mexico saja semalam, yang menyaksikan pihak berkuasa menggantung sekolah dan semua acara umum sehingga notis selanjutnya. Lebih 500 acara, termasuk konsert dan sukan, dibatalkan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu.

Pihak berkuasa Mexico mengarahkan sekolah ditutup di ibu kota dan negeri Mexico serta San Luis Potosi sehingga 6 Mei ini, manakala Gereja Roman Katolik mengumumkan pembatalan perhimpunan pada hari Ahad di bandar raya itu.WHO semalam mengisytiharkan wabak selesema itu sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarahnya, Dr Margaret Chan mendesak semua negara memantau dengan rapi sebarang kejadian selesema.. sumber shalehudin

Street Chalk Arts










sebutir kata:
Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya..

Sunday, April 26, 2009

Jantung anda ok ke

Lupakan hal politik sebentar, mari berkongsi informasi dan berpesan sesama kita di alam maya ini, semoga ianya serba sedikit dapat membantu untuk mengubah tabiat pemakanan kita semua dan menjaga jantung kita supaya sihat dan kuat.

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, makan tengahari dan malam, bukannya air sejuk. Mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung.

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.. sumber shalehudin.

sebutir kata:
Baik sebagai pedoman.. mencegah lebih baik dari mengubatinya..

Saturday, April 25, 2009

Absolute Stunning Photography !!!












sebutir kata:
Foto2 berseni dan berkualiti tinggi untuk tatapan bersama menemani saat2 terluang

Friday, April 24, 2009

Rahsia diwajibkan solat


SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.. sumber: shalehudin

sebutir kata:
Salam Jumaat buat semua pengunjung.

Thursday, April 23, 2009

Limousines











sebutir kata:
Menuntut Ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan Ilmu adalah ibadah,
Mengulang ngulang Ilmu adalah zikir,
Mencari Ilmu adalah jihad..
(Imam Al Ghazali)

Tuesday, April 21, 2009

Dalam perut pari








sebutir kata:
Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang mampu kita buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.

Monday, April 20, 2009

Video: Tak reti bahasa

sebutir kata:
Salah satu contoh lembapnya lelaki..
Bahasa anak sendiri pun payah nak paham..
Bangang punya pak..
Nasib baik laki aku tak macam tuh.. heh.. heh..
Abang dah makan bang..

Friday, April 17, 2009

Babi betul

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
  • Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
  • Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
  • Abon/dendeng sapi asli cap ACC
  • Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
  • Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.. sumber shalehudin..

Din:
Berhati hatilah.. sebarkan pada semua umat Islam..
Jangan makan serunding segera ajelah.. ikut cam aku nieh.. heh.. heh..

Tuesday, April 14, 2009

Saya suka Malaysia 2

Dah abis kalo calling2 ok..

Bertuah punya bapak.. buat anak pandai jaga tak tau.. heh.. heh..

Chit.. iklan PPSMI..

Bapa mentua dia pengarah JPJ Batang Ai.. sori le yer..

Inilah yang dikatakan tak dapat tanduk telinga dipulas..

Jangan salah paham bang.. ikan ni berenang kuak lentang tuh.. heh.. heh..


Krrooohh... krrooohh...

sebutir kata:
Jika orang tidak menghina kita, janganlah kita menghina diri sendiri..

Saturday, April 11, 2009

Resepi: Kerabu Pauh

BAHAN-BAHAN:

1 biji mangga
6 tangkai cili padi (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
50 gm udang kering
50 gm kacang
3 sudu besar air gula
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika.
  2. Selepas itu tumbuk pula udang kering.
  3. Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.
sebutir kata:
Tengok photo pun dah berselera dan menggiurkan.. boleh gak cuba nie buat pembuka selera.. :)

Friday, April 10, 2009

Saya suka Malaysia

Menu di sebuah restoran?

Tempat mengapak kereta?

Patut pun meniaga tak laku..

Seni nie.. heh.. heh..

Janji boleh rehat..

Ayam berbungee jumping..


Kenderaan satelit..

sebutir kata:
Tuhan menjadikan manusia dengan berbagai bagai af'al nya yang kekadang tu boleh buatkan kita senyum sorang2.. kreatif tul..
Related Posts with Thumbnails