Sahabat adalah perisai diri

Sunday, May 31, 2009

Terkejut Ah Long lagi

sebutir kata:
Kalut sungguh Ros dengaq pasai  kes Ah Long yang tak bersungguh2 nak selesai nih.. ni ada satu post sempoi dari blog shalehudin buat hiburan semua.. layaannnnn..

Saturday, May 30, 2009

Photo santai






sebutir kata:
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang... seucap janji membuat kita percaya.. sekecil luka akan membuat kita kecewa.. tetapi.. sebuah  ikatan persaudaraan akan selamanya bermakna.."

Thursday, May 28, 2009

Ada otak ka


Seorang perempuan diberi tahu yang suaminya memerlukan pemindahan otak kerana suaminya menghidapi penyakit brain dead. Doktor memberitahu perempuan bekenaan yang hopital itu ada pakar pakar pemindahan otak dan mereka bernasib baik kerana hanya ada tiga lagi otak fresh yang boleh dipindah kan.

Otak otak berkenaan datangnya dari saintis dari Russia, ahli politik dari Perak dan penagih dadah dari lorong gaharu yang baru je meninggal dunia.

Untuk otak yang pertama yang datangnya dari ahli sains Russia harganya RM10 ribu, manakala otak kedua ahli politik dari Perak yang harganya RM15 ribu dan otak ketiga datangnya dari seorang penagih tegar lorong gaharu berharga RM1oo ribu.

Si isteri itu pelik bercampur hairan dan bertanyakan pada doktor kenapa harga otak ketiga paling mahal.

Doktor pun menjawab "ooh.. otak yang tu tak pernah dipakainya"

sebutir kata:
Ada otak jangan simpan dalam kotak.. heh.. heh.. sumber: shalehudin

Nasihat buat Akhil, Maiza, Waheeda dan semua

Waheeda, penyanyi yang panas digossipkan dengan penceramah bebas Akhil Hayy dan kini sudah mula mengusik kesabaran Maizawati Zainal..

sebutir kata:
Lagu selimut putih ni dititipkan khas buat Ustaz Akhil, Maiza dan Waheeda serta semua pengunjung2 blog ini.. dengan ucapan selimutlah kamu sebelum kamu diselimutkan..

Insap ooo..
sumber: shalehudin

Tuesday, May 26, 2009

Resepi: Ayam halia

BAHAN-BAHAN:
250 gm ayam (potong kecil)

BAHAN PERAP:
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
4 cm halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 20 minit
  2. Masakan ayam yang telah diperap tadi sehingga ayam empuk.
  3. Masukkan daun bawang dan sedikit sos tiram.
  4. Siap untuk dihidangkan
sebutir kata:
Sah orang lalu belakang gerenti tak nampak punya.. :)

Permata hati Erra


Seperti dijanjikan ketika melahirkan Engku Aleesya pada 30 Mac lalu untuk mendedahkan wajah puterinya serentak kepada semua media cetak dan elektronik, Sabtu lalu (23 Mei) Erra mengotakan janjinya.

sebutir kata:
Sori la Erra.. anak aku lagi comei.. heh.. heh..

Sembilan bulan dikendong..
Keperitan sewaktu melahirkan.. membuat jiwa ibu kasih pada zuriatnya..
Biar hodoh dan tak seberapa.. anaknya tetap lebih cantik dan kasih dari yang lain..
Selamat hari ibu.. hari hari adalah hari IBU..

Monday, May 25, 2009

Waheeda mengelak isu


PETALING JAYA: "Jangan tanya saya, tanyalah orang yang rapat dengannya (Maizawati)," kata Waheeda berhubung pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengakui suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu.

Waheeda yang dihubungi hari ini tetap tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut dan menyerahkan apa saja penilaian yang dibuat oleh masyarakat terhadap dirinya.
"Tanyalah saja orang yang terdekat (ahli keluarga) dengannya," luah penyanyi itu sekali lagi, ringkas.

Maizawati di dalam sebuah akhbar hari ini mengakui dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, ibu kepada dua orang anak hasil perkahwinan dengan Akhil itu tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Menurut Maizawati, dia amat terguris dengan tindakan Akhil yang terus mendiamkan diri.

Malah, kisah antaranya dan Waheeda turut meninggalkan impak terhadap anak-anaknya yang terpaksa berpindah sekolah kerana tidak tahan diperli rakan-rakan.

Katanya lagi, berdia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.. seterusnya


sebutir kata:
Aku penggemar lagu Wassinni..
Kegemaran aku mungkin bertukar.. wallahuallam..

Sunday, May 24, 2009

Petua: Khasiat timun


Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dpt menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. 

Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita. 

Jika mengalami sembelit, ia dpt diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dlm timun amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dgn perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis.Bijinya pula kaya potasium. Cecair dpd bijinya dpt merawat masalah kekerapan buang air kecil. 

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad.Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering. 

Selain itu timun juga dpt menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pd bahagian badan yg sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi. 

Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya,parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pd setiap mlm sebelum tidur. 

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dgn menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang & malam.

Saturday, May 23, 2009

Resepi: Bergedel jagung

BAHAN-BAHAN:
3 jagung (hiris isi dan tumbuk)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 tangkai daun sup (hiris)
4 helai daun limau purut (hiris)
3 tangkai cili merah (hiris)
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung ataupun tepung gandum

BAHAN BUMBU:
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil ketumbar
Garam, gula, lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Cucurkan dalam minyak. Kalau boleh minyak untuk menggoreng jangan terlalu banyak.
sebutir kata:
Emmm.. nampak sedap ooo..

Friday, May 22, 2009

Petua: Membanyakkan susu badan lepas bersalin


Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
sebutir kata:
Insyaallah petua2 diatas telah terbukti berkesan sebelum ini..

Thursday, May 21, 2009

Video: apa punya lawak daa..

sebutir kata:
Melawak tak kena tempat nie.. hilang nafsu berak.. chitt..

Wednesday, May 20, 2009

Cenderahati buat Fitri


















sebutir kata:
Ini lah hasil gatai tangan dari aku buat adik Fitri..
Kenapa.. tak percaya ker..

Tuesday, May 19, 2009

Resepi: Isi ikan goreng rangup

BAHAN-BAHAN:
120 gm isi ikan
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil jus lemon
5 sudu besar tepung jagung

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili, minyak jagung dan jus lemon selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan.
sebutir kata:
Cubalah tengok.. pasti laki hangpa suka.. heh.. heh..

Monday, May 18, 2009

Kecantikan pada pandangan anda

sebutir kata:
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

Sunday, May 17, 2009

Penting: Apa itu fluorida

Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.

AWAS !!! BAHAYA FLUORIDA

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
  • Kematian
  • Kanser
  • Ruam Kulit
  • Luka Kanser
  • Kelunturan Warna Gigi
  • Masalah Gastrik
  • Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
  • Keracunan Saraf
  • Kanser Tulang
  • Keretakan Tulang
  • Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
  • Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit.

Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”


Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat? Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan, tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!

Antara Contoh masalah Dental Fluorosis:

sumber: shalehudin

Saturday, May 16, 2009

Alam semulajadi






sebutir kata:
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Friday, May 15, 2009

Majlis akad nikah III

Bisik apa tuh..

Bapa Mustaffa iaitu Hj Mohd Ali dalam masjid Kubang Ulu, Penanti

Bapa mentua aku, Hj Abu Bakar dah bersedia nak goncang tangan Mustaffa..

Lafaz sebagai wali..

Lafaz sebagai suami.. masjid Kubang Ulu sebagai saksi.. 10hb Mei 2009.

Tersengeh dari jauh.. jangan takut.. Mustafa lagi ketaq..

Selamat sudah ijab kabul dan kini upacara membatalkan air sembahyang..

Cincin disarung sebagai pengikat setia kasih sayang..

Semoga diberkati dan berkekalan hingga akhir hayat..

Termeterai sudah ikatan dua hati.. insyaallah ketemu lagi di hari besar sebagai raja sehari pada 06 Jun 2009..

Wednesday, May 13, 2009

Resepi: Kerabu Belimbing Buloh


BAHAN-BAHAN:

A (Hiris)
5 biji belimbing buluh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

B (Tumbuk)
5 tangkai cili merah
1 sudu besar lada hitam
Sedikit belacan (secukup rasa)

C
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Satukan bahan A dan B.
  2. Masukkan pula bahan C ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Sesuaikan rasa garam dan gula dan hidangkan.
sebutir kata:
Sambil dok taip posting nie.. tah berapa kali aku telan air liur..  ish.. malaih nak komen banyak..

Majlis akad nikah II


Aku belasah gubahan sireh junjong pulak.. aku bukannya tau sangat.. :)

Tolak sana kata segan.. tolak sini kata tak pandai.. last2 aku gak yang suka tak rela..

Orang tua2 kata.. tak dak rotan, akaq pun belasah je la.. dalam kampung yang buta, kelabu sikit saja dah boleh jadi ketua.. ish.. apa yang aku meraban nieh..


Sireh junjong nie hanyalah sebagai adat disamping penyeri atau kepala majlis masa majlis hantaran.. dikampong aku tak la compulsory sangat.. cuma tak dak rasa tak syok saja.. :)

Hmm... dah siap.. amacam, ok dak.. seperti biasa, sebarang tempahan sila berhubung awal ngan CKG..

sebutir kata:
Jangan sesekali contact aku untuk tempahan..
First, nanti CKG tak dak keja pulak, dapat elaun buta tak aci la..
Second, aku sibuk la.. nak posting pun kena tunggu malam, lepaih layan tudung tingkap ngan bunga telor.. isk.. isk..
Related Posts with Thumbnails