Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, June 30, 2009

Mengejutkan: Antara hidup dan mati

Suasana persekitaran bengkel Haji Mahmood hari tu seperti biasa.

Tenang dan nyaman.. tiada hiruk pikuk deruman enjin kenderaan..
Maklumlah.. zaman engkoNOmoney.. zaman ekonomi meleset..
Dressing pekerja bengkel juga tak semak macam dulu.. siap ber"gel" rambut lagi..

Suasana tenteram tetiba bertukaq seram.. berselerak budak2 pomen.. depa tekezut beruk.. tiba2 seekor binatang berupa singa yang jelas kelaparan berlegar legar diruang legar..

Hangpa tak percaya.. tengok nie.. perut nipis dah berapa lama tak baham mangsa..

Dah puas berlari.. dah puas lintang pukang.. binatang berupa singa ni buat tak kisah jer..

Rupa rupanya ini spesis nganjing.. singa dicampur anjing.. tengok sini berposing ala ala Gerak Khas lagi..


Patut dia buat dono jer.. spesis ni jenih tak kacau orang.. binawe betoi..

Anyway terima kasih buat sohabat yang sudi berkongsi gambaq nie.. heh.. heh..

sebutir kata:
"Biar dihina daripada menghina kerana sehina hina yang dihina, yang menghina lagi hina dari yang dihina"

Monday, June 29, 2009

Uniknya rumah








sebutir kata:
Nak cuba urut belakang laki aku.. kot2 dia boleh buat sebijik kat aku.. boleh lepak2 sambil jahit baju.. hari2 naik kapal terbang.. :)
Dulu cita2 nak jadi peramugari.. tapi aku kensel pasai kes wabak H1N1.. heh.. heh.. tengok lain tahun kalau ada lagi jawatan peramugari kosong..

Sunday, June 28, 2009

Anak belanja tengok wayang

The “Transformers” sequel was well on its way to becoming the biggest hit of the year so far after selling a better-than-expected $126 million in tickets during its first three days at the North American box office, distributor Paramount Pictures said on Saturday.

Terkedu aku.. jiwa ibu ku menyelinap tak pasai pasai sayu bila anak aku nak belanja aku sefamily tengok wayang.. macam tak percaya ooo.. anak2 dah besaq belaka.. isk.. isk.. lagi tua lah laki aku..
Kitorang santai sefamily di Jusco Mall bandar Perda.. show 11.55pm dan abiss 2.30am.. sampai rumah 3.00am.. anyway happy ooo.. bukan selalu.. :)

Kalau aku kata laki aku kolot.. mesti dia ajak aku lawan punya..
Kalau aku kata dia tua.. errr.. or lama.. kira ok la kut no..
Aku ingat kali terakhir aku pi tengok wayang.. laki aku bawa tengok filem Godzilla kalau tak salah aku 1999 (isk.. isk.. 10 taun dah ooo.. sampai ati laki aku.. dera aku..)
Tempat di Pacific Megamall Prai, anak2 kecik lagi.. orang tengok wayang.. aku sibuk dok tengok anak aku dalam panggung.. bertuah betoi..

video
Filem ni memang gempaq.. aku tak pandai sangat bahasa filem nie.. tapi certain part tu ia berjaya juga meruntun aku untuk tak pasai pasai berasa sayu kat robot.. (malu pulak ingat ingat sekali.. heh.. heh..) terutama ketika Optimus tewas dalam pertarungan.. isk..isk..

Tapi last tu aku suka balik.. pasai dia hidup balik teus lawan, menang pulak tuh..
Hilang semua tension bunga teloq, pasai jahit2 baju bila aku layan gambaq nie.. best oooo.. terutama sekali bila anak yang belanja..

Pantun tak dan kerat untuk anak aku..

Pi Aceh kutip pucuk paku..
Terima kasih untuk anak aku.. heh.. heh..

Saturday, June 27, 2009

Hati oh hati


Apa yang dimaksud dengan hati terbuka? Mengapa hati harus dibuka? Dan apa yang menyebabkan hati terbuka?

HATI yang lembut seumpama tanah yang subur, mudah untuk diterokai, mudah untuk bercucuk tanam dan mudah segala-galanya bagi seorang petani untuk mengusahakannya. Hasilnya dari kelembutan itu juga memberikan impak yang besar kepada tanaman yang mampu hidup subur manakala akar umbinya mudah menjalar di dalam tanah untuk mencari baja demi kesuburan batang pohonnya di atas.

Begitulah diumpamakan hati yang lembut itu seumpama tanah yang subur, hati yang lembut mudah untuk menerima segala ajaran dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dan menerima baik segala nasihat-nasihat orang sekelilingnya. Hati yang lembut itu seumpama tanah yang memberikan kesuburan kepada tanaman dan begitu juga hati memberikan kesuburan kepada tumbuhnya Iman bagi menegakkan sifat-sifat takwa yang akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.

Manakala hati yang keras pula seumpama tanah yang gersang yang bukan sahaja membinasakan tanaman malah tidak mampu pula untuk membantu pertumbuhan tanaman di atasnya. Begitulah diumpamakan hati yang keras yang sukar menerima ajaran Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta menolak segala nasihat-nasihat baik untuk dirinya. Hati yang keras itu berkait rapat dengan hasutan syaitan atau iblis, yang mana kedua-duanya itu dijadikan dari api maka sudah tentu sedikit sebanyak pengaruhnya yang panas itu menguasai hati manusia sehingga menjadi keras. Bahang kepanasan api itu memberikan impak yang sangat besar dan mempengaruhi hati menjadi keras, liar, jahat dan sukar untuk menerima segala perkara yang baik.

Kita dianjurkan agar sentiasa melembutkan hati dengan mengingati Allah s.w.t dan mati serta menjauhi segala perkara yang boleh menjadikan hati kita itu keras dan degil sama ada dari sudut permakanan, pandangan, pendengaran dan sebagainya. Hati yang keras akan menjadi sebab terheretnya kita ke dalam neraka akibat kemungkaran yang dilakukan kita di dunia ini. shalehudin

Friday, June 26, 2009

Resepi: Udang goreng rempah berlabu

BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
  2. Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
  3. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
  4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
  5. Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.
sebutir kata:
Hmm.. nampak menyelerakan..

'Raja Pop' Michael Jackson meninggal dunia

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.AP

Video: Russian Rallys are Crazy!

video
sebutir kata:
Laki aku kata.. orang gila bukan serupa.. ada berbagai jenih gila sebenaqnya..
Berblog ni pun salah satu dari berjuta juta jenih gila ker.. heh.. heh..

Wednesday, June 24, 2009

Dolphin birth

Gambar dirakam ketika aku membidankan dolphin di laut dalam.. susah oo.. mak dia bukan reti dok sengap..

Dolphin ni beranak macam kita gak cuma dia keluaq kaki dulu.. opppss.. sori.. keluaq ekoq dulu.. heh.. heh..

Dah selamat dah.. Alhamdulillah.. yang bestnya.. anak dia keluaq terus pandai berenang.. tak dan aku nak ajaq.. haa.. yang ni tak macam orang.. tali pusat pun tak dan nak kerat.. isk.. isk..

Siap round ataih kepala.. tersenyum pulak lagi..


Binatang pun sayang anak.. selamat hari ibu.. ok lah.. ok lah.. dan bapa.. psst.. kalau tak sebut ni.. laki aku marah..

sebutir kata:
Terima kasih lah pada orang yang susah susah mengambik gambaq dan susah susah pulak antaq mai kat email aku.. dan senang senang aku posting kat blog nie.. heh.. heh..

Tuesday, June 23, 2009

Resepi: Tumis peria

BAHAN-BAHAN:
400 gm peria
100 gm ikan bilis/udang
10 ulas bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
4 tangkai cili merah (hiris)
1 helai daun salam
1 cm lengkuas (ketuk)
Garam dan gula pasir

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Peria yang dihiris nipis diramas dengan air garam.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris. Biarkan naik bau.
  3. Kemudian masukkan udang ataupun ikan bilis.
  4. Masukkan lengkuas, daun salam dan peria. Tumis hingga layu.
sebutir kata:
Aku minat peria nie sejak aku mula mula kenai makan.. tak tau tarikh sebenaq aku mula suka sayur peria nie.. :)

Monday, June 22, 2009

Latest tea boy

Aku baru keep in touch ngan engineer Honda.. kalau2 diorang ada reka jenih boleh tolong aku buat bunga teloq ngan jahit silang pangkah baju pun jadik ler..

Err.. ada sapa2 yang berani komplen kat tea boy nie ker.. kate tak sedap ka.. lambat antaq kar..

Rest time..

Siap ngan tunjuk jalan lagi.. jangan mai keja ngan aku esok dok ajaq aku cara potong baju kebaya dah.. pantang aku.. :D



sebutir kata:
Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.

Pisau tersarung dalam senyuman


Dalam penggunaan taktik "Pisau Tersarung dalam Senyuman", kunci utamanya ialah kaedah untuk mendapatkan kepercayaan pihak musuh supaya mereka tidak lagi berwaspada terhadap tindak-tanduk kita. Kemudian, barulah kita boleh bertindak terhadap pihak musuh yang tindak mempunyai persediaan.

Dalam sejarah China, kes-kes yang berjaya menggunakan taktik itu agak banyak. Contohnya:

Pada abad ketiga Masihi, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu merupakan tiga kekuatan yang terbesar di China. Ketiga-tiga negeri itu saling bersaing antara satu sama lain.. Antaranya, keupayaan negeri Wei adalah yang paling kuat dan sentiasa bercita-cita untuk menyatukan China. Ini menyebabkan negeri Shu dan negeri Wu terpaksa bersatu untuk bersama-sama mempertahankan serangan daripada negeri Wei. Untuk memperkukuh hubungan ikatan, raja negeri Shu, Liu Bei telah memperisteri adik perempuan kepada raja negeri Wu yang bernama Sun Quan.

Namun, Liu Bei dan Sun Quan pula mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menubuhkan pemerintahan yang menyatukan China, maka hal ini menyebabkan konflik ketenteraan sering berlaku antara negeri Shu dan negeri Wu.

Jingzhou merupakan sebuah kota yang terletak di tengah-tengah di antara ketiga-tiga negeri tersebut. Oleh sebab kota itu mempunyai kedudukan yang sangat strategik, maka Jingzhou telah menjadi sasaran bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Sehubungan dengan itu, konflik-konflik antara negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu sering berlaku di kawasan sekitar Jingzhou. Walau bagaimanapun, kota Jingzhou sentiasa dikawal oleh raja negeri Shu, Liu Bei. Untuk memperkukuh pertahanannya di Jingzhou, Liu Bei telah mengerahkan panglima yang paling dipercayainya iaitu Guan Yu untuk menjaga benteng pertahanan di sana. Oleh sebab takut akan kehebatan panglima Guan Yu, negeri Wei dan negeri Wu tidak berani menyerang kota Jingzhou dengan sewenang-wenangnya.

Tidak lama selepas dihantar ke Jingzhou, panglima Guan Yu telah mengetuai tentera untuk melancarkan serangan terhadap negeri Wei. Dengan menyedari akan kemungkinannya serangan daripada negeri Wu ketika beliau berada di luar kawasan, Guan Yu telah meninggalkan tentera elitnya di Jingzhou.

Selepas Guan Yu meninggalkan Jingzhou, raja negeri Wu, Sun Quan yang sentiasa ingin mendapatkan kota itu merasakan sudah tibalah masanya untuk mengambil tindakan.

Panglima Guan Yu

Pada ketika itu, panglima tentera negeri Wu, Lu Xun sentiasa berpura-pura menghormati dan taat setia kepada Guan Yu. Lu Xun pernah menulis surat kepada Guan Yu. Dalam surat itu, Lu Xun dengan sikap merendah diri telah menyanjung tinggi pencapaian Guan Yu dan menganggap dirinya sebagai orang muda yang memerlukan panduan Guan Yu.

Guan Yu mempunyai kedudukan yang tinggi di negeri Shu. Beliau juga ahli ketenteraan yang sangat terkenal pada zaman itu. Ini telah menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Selepas membaca surat Lu Xun, Guan Yu menganggap bahawa tidak ada perlunya untuk berwaspada terhadap perbuatan Lu Xun. Jadi, Guan Yu telah mengerahkan sejumlah besar tenteranya daripada tentera yang ditempatkan di Jingzhou untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri Wei tanpa menimbangkan keupayaan pertahanan kota itu.

Justeru itu, Lu Xun telah menghubungi negeri Wei secara rahsia untuk merancang serangan terhadap tentera Guan Yu secara serentak.

Apabila tentera Guan Yu sedang menyerang negeri Wei, tentera elit negeri Wu telah melancarkan serangan mengejut terhadap Jingzhou dan berjaya menawan kota itu. Selepas diberitahu negeri Wu telah mencapai kemenangan, negeri Wei dengan sengaja telah menyebarkan khabar itu sehingga ke dalam kem Guan Yu dan menyebabkan tenteranya mengalami kekalahan teruk kerana tenteranya sudah hilang semangat. Kegagalan Guan Yu itu merupakan contoh klasik kejayaan penggunaan taktik "Pisau Tersarung dalam Senyuman" dalam sejarah China.

Dalam aktiviti manusia zaman ini, taktik "Pisau Tersarung dalam Senyuman" juga selalu diguna pakai dalam bidang perniagaan. Misalnya, dalam rundingan perniagaan, perunding sesepihak akan berpura-pura beramah-tamah dan bermurah hati terhadap pesaingnya, kadangkala mereka juga akan bertolak ansur bagi perkara tertentu. Sebenarnya, perbuatan itu adalah untuk menyenangkan hati pihak lawannya supaya keuntungan yang lebih besar dapat diperoleh.

Dalam Internet, penyebar virus komputer juga bijak menggunakan taktik "Pisau Tersarung dalam Senyuman". Fail yang mengandungi virus selalu disebar dengan tajuk yang menawan hati atau menggelikan hati penerimanya.

Untuk mengelakkan diri daripada tertipu oleh helah serupa taktik tersebut, kita dikehendaki berwaspada terhadap mereka yang bercakap dan bermuka manis yang kadangkala tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal selain menyedari akan kelemahan diri supaya tidak diperalatkan oleh mereka yang berniat jahat. sumber: shalehudin

sebutir kata:
Buat pedoman kita semua.. kes camni dah ada sejak azali lagi.. tapi la nie lagi banyak.. berhati hati lah..

Sunday, June 21, 2009

Bolasepak: Yang aku nampak

video
sebutir kata:
Kalau tak salah aku, Man U lawan ngan Aston Villa kot.. dipadang sekolah Mengkuang.. dalam DUN Penanti la tuh.. layaann..

Friday, June 19, 2009

Kisah mengharukan


Sebuah Kisah untuk kita renungkan dan jadikan motivasi.

Aku dilahirkan di sebuah dusun pegunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari, orang tuaku membajak tanah kering kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku. Suatu ketika, untuk membeli sebuah sapu tangan yang mana semua gadis di sekelilingku kelihatannya membawanya, aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku.

Ayah segera menyadarinya. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat bambu ditangannya. “Siapa yang mencuri uang itu?” Beliau bertanya. Aku terpaku, terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar siapa pun mengaku, jadi Beliau mengatakan, “Baiklah, kalau begitu, kalian berdua layak dipukul!”

Dia mengangkat tongkat bambu itu tinggi-tinggi. Tiba-tiba, adikku mencengkeram tangannya dan berkata, “Ayah, aku yang melakukannya!”

Tongkat panjang itu menghantam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marahnya sehingga ia terus-menerus mencambukinya sampai Beliau kehabisan nafas.

Sesudahnya, Beliau duduk di atas ranjang batu bata kami dan memarahi, “Kamu sudah belajar mencuri dari rumah sekarang, hal memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan di masa mendatang? Kamu layak dipukul sampai mati! Kamu pencuri tidak tahu malu!” Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku dalam pelukan kami. Tubuhnya penuh dengan luka, tetapi ia tidak menitikkan air mata setetes pun. Di pertengahan malam itu, saya tiba-tiba mulai menangis meraung-raung. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi sekarang. Semuanya sudah terjadi.”

Aku masih selalu membenci diriku karena tidak memiliki cukup keberanian untuk maju mengaku. Bertahun-tahun telah lewat, tapi insiden tersebut masih kelihatan seperti baru kemarin. Aku tidak pernah akan lupa tampang adikku ketika ia melindungiku. Waktu itu, adikku berusia 8 tahun. Aku berusia 11.

Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di SMP, ia lulus untuk masuk ke SMA di pusat kabupaten. Pada saat yang sama, saya diterima untuk masuk ke sebuah universitas propinsi. Malam itu, ayah berjongkok di halaman, menghisap rokok tembakaunya, bungkus demi bungkus.

Saya mendengarnya memberengut, “Kedua anak kita memberikan hasil yang begitu baik… hasil yang begitu baik…” Ibu mengusap air matanya yang mengalir dan menghela nafas, “Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita bisa membiayai keduanya sekaligus?” Saat itu juga, adikku berjalan keluar ke hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tidak mau melanjutkan sekolah lagi, telah cukup membaca banyak buku. ” Ayah mengayunkan tangannya dan memukul adikku pada wajahnya. “Mengapa kau mempunyai jiwa yang begitu keparat lemahnya? Bahkan jika berarti saya mesti mengemis di jalanan saya akan menyekolahkan kamu berdua sampai selesai!” Dan begitu kemudian ia mengetuk setiap rumah di dusun itu untuk meminjam uang. Aku menjulurkan tanganku selembut yang aku bisa ke muka adikku yang membengkak, dan berkata, “Seorang anak laki-laki harus meneruskan sekolahnya; kalau tidak ia tidak akan pernah meninggalkan jurang kemiskinan ini.”

Aku, sebaliknya, telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan ke universitas. Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh datang, adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit kacang yang sudah mengering. Dia menyelinap ke samping ranjangku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: “Kak, masuk ke universitas tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimimu uang.” Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku, dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu, adikku berusia 17 tahun. Aku 20. Dengan uang yang ayahku pinjam dari seluruh dusun, dan uang yang adikku hasilkan dari mengangkut semen pada punggungnya di lokasi konstruksi, aku akhirnya sampai ke tahun ketiga (di universitas) .

Suatu hari, aku sedang belajar di kamarku, ketika teman sekamarku masuk dan memberitahukan, “Ada seorang penduduk dusun menunggumu di luar sana! “Mengapa ada seorang penduduk dusun mencariku? Aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor tertutup debu semen dan pasir. Aku menanyakannya, “Mengapa kamu tidak bilang pada teman sekamarku kamu adalah adikku?” Dia menjawab, tersenyum, “Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka pikir jika mereka tahu saya adalah adikmu? Apa mereka tidak akan menertawakanmu?” Aku merasa terenyuh, dan air mata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu dari adikku semuanya, dan tersekat-sekat dalam kata-kataku, “Aku tidak perduli omongan siapa pun! Kamu adalah adikku apa pun juga. sumber: shalehudin

Video: Nak penendang ka?

video
sebutir kata:
Amarah orang berakal nampak pada tindakannya, amarah orang jahil nampak pada ucapannya.

Wednesday, June 17, 2009

Tukar profession

Hangpa ingat senang ka buat bunga teloq.. sakit kepala.. sakit mata..

Tu tak termasuk buat tak jadi lagi.. sakit hati lagi..

Design bunga teloq tu dah sepasai.. dah siap design.. tempahan tak kunjung tiba.. orang kita bukan jenih tiap tiap tahun kena menikah..

Bila dah lama tak dak tempahan.. aku mula ingat nak tukaq profession..

Tak main dah bunga bunga teloq nie..

Tak dak masa la dok pintai dawai ngan benang.. isk.. tak kuasa aku.. heh.. heh..

Haa.. nie.. aku buat jualan langsung kereta Porsche pulak.. amacam ok dak..

Bunga rendah.. duit muka boleh tiga kali bayaq.. Bagi yang tak mampu, ha aku ada buat bayaq muka ikut sistem kutu.. nak join ka?

Aku ni mudah kesian, demi ketuanan melayu dan nak tolong melayu.. aku permudahkan lagi bagi yang betul2 tak mampu.. korang bagitau saja nak order tayar dulu ka.. sport rims dulu ka.. nak sepasang boleh.. nak sebelah dulu pun boleh.. amacam?


Aku ingat2 la, promosi dan mengambil tempahan pun aku nak buat sendiri.. tak mau pakai CKG @ Cik Kiah Glamour lagi dah.. mahai ooo komisyen dia walaupun tak la semahai komisyen kapai selam scorpene..

sebutir kata:
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Tuesday, June 16, 2009

Resepi: Nasi kuning

BAHAN A:
1 cawan beras
1 cawan air
1 sudu besar garam

BAHAN TUMIS:
250 minyak masak
50 gm bawang merah (hiris)
50 gm bawang putih (hiris)

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Cuci beras dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Campurkan bahan tumisan ini bersama bahan A, dan tanak seperti biasa.
sebutir kata:
"Biar dihina daripada menghina kerana sehina hina yang dihina, yang menghina lagi hina dari yang dihina"

Monday, June 15, 2009

Genius berumur 2 tahun


KARINA Oakley, bakal berumur tiga tahun tidak lama lagi. Namun dia agak istimewa berbanding rakan seusia kerana memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.

Malah, tahap IQ kanak-kanak ini setanding dengan saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius."Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

sebutir kata:
Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang mampu kita buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.

Sunday, June 14, 2009

Layan pi la


VICTORY AT LAST: The Peugeot of David Brabham, Marc Gene and Alexander Wurz, which won the 77th edition of the Le Mans 24-hour endurance race in France today. It was Peugeot's first victory in the competition since 1993. The trio beat another Peugeot and the Audi of defending champions Rinaldo Capello, Tom Kristensen and Allan McNish to the top of the podium. It was Audi’s first defeat in the race since 1999 - AFP pix

sebutir kata:
Aku bukan minat sangat sukan bermotor nie.. saja dah x tau nak post apa.. layan pi la..

Saturday, June 13, 2009

Resepi: Ayam Bakar Berempah

BAHAN A:
500 gm peha ayam
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Gula dan garam

BAHAN KISAR:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kayu manis
1 sudu kecil ada hitam
1 sudu kecil ketumbar
2 kuntum bunga lawang

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Kisar semua bahan A (kecuali ayam) dan ambil jusnya. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam.
  2. Setelah itu, gaulkan pula bahan B dan perap selama sejam.
  3. Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit.
sebutir kata:
Belum cuba lagi pun.. member antaq melalui email kemarin.. :)

Friday, June 12, 2009

Isteri solehah bunuh diri


Pujuk suami tunai haji.. wajib..
Mendesak suami tunai haji.. harus dan kadang2 wajib..
Tapi bunuh diri pasai laki tak mau pi haji.. HARAM.
Apa la yang dia dok pikiaq sebelum dia gantung diri..

Suami enggan tunai haji, isteri bunuh diri

KEDIRI: Srining, wanita berusia 46 tahun yang menetap di Kampung Retjopentung di sini, bertindak membunuh diri semalam kerana bosan dengan sikap suaminya yang sentiasa menolak setiap kali diajak menunaikan ibadah haji.
Mayat Srining, ibu dua anak, ditemui tergantung pada sebatang pokok di luar rumahnya.
Seorang jiran berkata, Srining sering meluahkan rasa kesal terhadap sikap suaminya, Sarbi, 50, kerana enggan menunaikan haji.
Sementara itu, jurucakap polis daerah, Sudiono berkata, berdasarkan keterangan keluarga Srining, wanita itu cuba membunuh diri dua kali dengan melompat ke dalam sungai beberapa hari lalu.
“Keadaan wanita itu semakin teruk sejak tiga bulan lalu apabila suaminya sekali lagi menolak untuk ke Makkah,” kata Sudiono. — shalehudin

Thursday, June 11, 2009

Majlis kenduri Mohd Fitri 07hb Jun 2009

Penat lelah selama berbulan persiapan secara berdikit dikit hari ini membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. syukur.. jika kelmarin 06hb Jun 2009 kenduri adik ipar aku maka hari ni 07hb Jun 2009 kenduri adik kandung aku sendiri.. adik bongsu.. :)


Atas permintaan mempelai.. kelmarin 06hb Jun 2009, persiapan yang ala kadar sesuai dengan level pemahaman mereka terhadap sebuah perkahwinan.. biar simple tapi penuh bermakna..



Tapi hari ini 07hb Jun 2009 sedikit gemilang biarpun kecil kecilan sebagai mempamerkan penghargaan mereka terhadap sebuah persahabatan selama lebih 11 tahun membawa kejinjang pelamin..


Sedikit sentuhan seni yang entah apa2, bilik kecik pun nampak ganaazzz..


Tak merasa la aku hidangan pengantin ari nie.. kalut layan tetamu.. chitt..


Meja hidangan pengantin.. dah ready.. pengantin tak sampai lagi.. cari rumah tak jumpa.. :)


Kedai dah mula operasi.. sila oo.. sila..


Ana punya biras lah.. kelmarin dok kalut pasai depa.. ari ni dia tolong mai bagi aku kalut lagi disini.. heh.. heh..


Terima kasih buat bro L Ramli kerana sudi menyeringaikan gigi dimajlis kami nie.. (penyanyi 60an beb..) laki aku dapat gak can posing ngan L Ramli.. bukan senang nak dapat peluang nie..


Orang2 kuat Tok Enson.. setia buat kawad cam..


Letih senyum laki aku sejak kemarin.. heh.. heh..


Presenting the best food in town..


Jason.. member sepejabat laki aku..


Berenti letih sat.. cuci hidung dulu.. berminyak tue.. :)


Haa.. cari rumah baru jumpa kot.. orang tunggu keras disini.. baru sampai..


Tapi hangpa berdua memang segak la.. bangga aku jadi kak hangpa.. heh.. heh..


Macam pinang dibelah sambil bertinggung.. sori bro.. lu hensem ler..


Buat semua audien.. jangan tertipu.. camca kosong.. eksyen lebih.. heh.. heh..


Ya Allah.. restuilah kasih mereka asalkan kasih mereka tidak melebihi kasih terhadap MU. Di harap kekal ke anak cucu, berkekalan kasih sayang sepanjang hayat..


Mr Badang in making.. bersama geng2 satu gym ngan dia..


Dalam dok kalut.. sempat gak aku bergambaq kenangan ngan Mak mentua dia..


Anak dara aku pun kalut gak..


Wakil rombongan IDS cuba untuk gamatkan majlis yang memang dah gamat..



Senyuman manis lepaih makan.. heh.. heh..


Posing bersama tok2 sidang beberapa jajahan disekitar Spg 3..
Ooii.. tak hangat ka.. dah petang pun tak mau buang baju lagi..


Bersama orang kuat Tanah Liat..


Lama tak jumpa.. dari gemuk tinggai rangka..


Shie, Naz dan Fida.. berkenalan langsung ngan adik ipar aku.. come dak.. ?


Penang mari.. sempat berposing ngan keluarga Arman..


Berposing ngan kawan lama masa adik aku keja gelong2 dulu..


Bertambah gamat bila tauke2 boria berjumpa.. Arman, Wahid ngan Farez.. :)


Laki aku pelan kecik ka.. depa ni yang terlebih besaq.. isk.. isk..



Buat semua.. terima kasih kerana sudi menyeringai di majlis perkahwinan adik aku Mohd Fitri..


sebutir kata:
Anak punai anak merbah..
Mari turun buat sarang..
Anak sungai lagi berubah..
Inikan pula anak orang..


Sesuai ka pantun aku nieh.. heh.. heh.. lambat sikit update.. letih oooooooo....
Related Posts with Thumbnails