Sahabat adalah perisai diri

Friday, July 31, 2009

Video: Apa yang dibuat dalam bilik air

sebutir kata:
Bermacam kaedah dan kelaku orang ramai dibilik air.. layaannn..

Thursday, July 30, 2009

Anda berani?






sebutir kata:
Fuyoo.. gayat ooo..

Wednesday, July 29, 2009

Malam yang dingin

Malam yang dingin

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil.. sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu..

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.. abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.. abang selalu gigit-gigit leher saya.."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

Tuesday, July 28, 2009

Resepi: Sambal darat ikan haruan

BAHAN-BAHAN:

3 potong isi ikan haruan (goreng)
5 tangkai cili hijau (hiris)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Tumis semua bahan hingga layu. Bubuhkan sedikit garam.
  2. Masukkan ikan dan gaul rata.
sebutir kata:
Kawan yang hantar kelmarin.. ikut petuanya limau purut dan asam gelugor dapat menghilangkan bau hanyir dari ikan darat tadi.. selamat mencuba..

Monday, July 27, 2009

Video: Pemuzik jalanan?

sebutir kata:
Kreatif betoi mamat nie.. layannn..

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad meninggal dunia


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.
Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.
Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Malaysiakini

Saturday, July 25, 2009

Hotel dasarlaut di Dubai









sebutir kata:
Tak dapat pi.. dapat nengok gambaq pun jadik ler.. kalau setakat menjahit 10 pasang baju sebulan jangan harap la.. hu.. hu.. hu..

Video lawak: Please don't drink

sebutir kata:
Video terima dari kawan minggu lepas.. lawak giler.. layannn...

Friday, July 24, 2009

Gambar pemandangan menarik






sebutir kata:
Gambar menarik sesuai untuk buat wallpaper.. anak aku yang download gambar berkualiti tinggi ni.. tang mana dia sapu tah.. layaann..

Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad ke ICU


Agak menggemparkan bila mengetahui pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Yasmin dikejarkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara dan difahamkan para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Beliau sebelum itu berada di Sri Pentas berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Majoriti kita mengenali Yasmin melalui filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin dan berjaya menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Bersama kita panjatkan doa pada Yang Maha Esa. Yassin buat Yasmin.

Tuesday, July 21, 2009

Resepi: Jus Halia Madu

BAHAN-BAHAN:

4 potong nanas
2 cm halia (buang kulit)
1 sudu kecil madu

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Kisar nanas bersama halia dan tuangkan ke dalam gelas.
  2. Kemudian tuangkan madu dan kacau rata.
sebutir kata:
Jus buang angin.. try la..

Monday, July 20, 2009

Kreatif: Seni ukiran kayu

Assalamualaikum,
Kreatif sungguh mamat nih....cantik semua ukirannya tu kan....mai kita layan...

















Sunday, July 19, 2009

Bunga lili putih


Lili putih kekal pilihan utama jambangan, bahan rawatan tradisional masyarakat Orang Asli Afrika

CALALILY atau lili putih berasal dari benua Afrika tetapi lebih banyak menghiasi seni hiasan landskap ala Inggeris manakala bunganya sering dijadikan penghias jambangan untuk kediaman serta majlis keraian.

Nama saintifiknya Zantedeschia aethiopica Spreng daripada keluarga Araceae (kumpulan pokok jenis keladi -Caladium dan Anthurium) juga dikenali sebagai tanaman klasik yang sentiasa mendapat tempat dalam seni hiasan dalaman dan luaran.

Selain itu, Calalily juga dikenali sebagai Calla Lily, Arum lily, Lili Putih, Lily of the Nile, Wit varkoor (Afrika), Intebe (Xhosa) dan Ihlukwe (Zulu).

Tumbuhan ini dinamakan Zantedeschia sempena nama pakar botani Itali Professor Zantedeschi, atau Giovanni Zantedeschi ( 1773-1846) yang banyak mengkaji mengenainya manakala aethiopica bermaksud Ethiopia.

Pada awal 1900, bunga ini bukan hanya menjadi penghias landskap kediaman, malah ia juga menjadi penghias bunga tangan untuk pengantin pada majlis resepsi perkahwinan. Calalily merah jambu ungu hasil kacukan.

Kehadirannya terus mendapat tempat apabila banyak digunakan sebagai jambangan bunga untuk majlis keraian terutama perkahwinan kerana ia boleh tahan lama jika keratan batangnya diletakkan di dalam air.

Kebiasaannya, Calalily berwarna putih, namun hasil kacukan dan penyelidikan, tumbuhan ini dijumpai dalam warna ungu kemerahan, warna krim, merah jambu dan putih kehijauan.

Sebagai panduan bagi membezakan sama ada ia bunga jantan atau betina, gunakan kanta mata bagi melihat debunga. Debunga jantan lebih besar dan berserabut manakala bunga betina mempunyai lubang ovari dekat tangkai kelopak.

Bunganya membiak dengan bantuan serangga untuk proses persenyawaan debunga seperti semut, lebah, labah-labah dan kumbang.

Pokok Zantedeschia aethiopica boleh membesar sehingga satu meter bergantung kepada habitat dan kawasan tanamannya. Daunnya berwarna hijau berkilat berbentuk seperti busar anak panah dan biasanya akan berbunga daripada Ogos hingga Januari.

Menanam pokok ini mudah menggunakan biji benih dan keratan batang dan akar. Seelok-eloknya ditanam sedalam lima cm dalam tanah.

Oleh kerana keunikan dan ciri klasik yang ada pada bunga ini menjadikannya sebagai simbol dan lambang kebesaran Republik Ireland.

Saturday, July 18, 2009

Himpunan gambar gambar menarik











sebutir kata:
Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya..

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.
Related Posts with Thumbnails