Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 30, 2009

Bahaya ujian jenih ni

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing.

sebutir kata:
Sendal gusi sementara menanti waktu berbuka.. heh.. heh..

Tks daun keladi to Ros pasai kirimkan lawak nih..

Friday, August 28, 2009

Bersama kita mencegah merebaknya H1N1


sebutir kata:
Jumlah kematian setakat ini sudah menjangkau 71 orang.
Jadi.. tunggu apa lagi, sekurang kurangnya kita berikhtiar bagi mengekang merebaknya H1N1.. heh.. heh.. (link)

Thursday, August 27, 2009

Video: Ingatkan nak solat terawih

sebutir kata:
Aku ingatkan dok beratur nak solat terawih bulan posa camni..

Tuesday, August 25, 2009

Gambar mangsa kebakaran ngeri

Amaran..

Amaran ini dikeluarkan khusus buat pengunjung kerana bulan Ramdhan sahaja.

Sayugia diingatkan, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan anda mengawal perasaan.

Kepada sesiapa yang tak tahan dengan ngeri kesan terbakar, tolong jangan tengok.

Kepada sesiapa yang tak tahan iman juga dilarang tengok..

Cubaan dan dugaan.. silih berganti..

Tapi kalau tak tengok jugak, rugi besaq oooiiii...


Hadoiii.. nampak jer macam terkulai.. jangan geleng kepala anda..

Fuyoo.. tergolek golek.. tolong jangan pejam mata anda..

Alamak.. kemerah merahan.. jangan toleh kiri kanan la bang..

Ish.. ish.. hangus.. hangus.. jangan tunduk bang.. jangan..

Chittt.. bergelimpangan beb.. jaga jaga.. jangan sampai air liur meleleh..

Hadoii.. aaiihh.. menyayat hati betul.. jangan tengok jam anda.. lambat lagi waktu berbuka.. ngeee..

Monday, August 24, 2009

Hanya kerana sebutir kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah kisah ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; "Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi. (Riwayat Muslim)

Sunday, August 23, 2009

Tips kejutkan orang bersahur

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempabumi! tsunami! tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin....

tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya. ...

kekekkekkke. .jgn mare...

Selamat Berpuasa ye... puasa jgn tak puasa.

sumber: shalehudin

Andai ini Ramadhan yang terakhir

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami.
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
~ ROZI SALEHIN

Saturday, August 22, 2009

Tahniah Kartika: Lega walau terkilan

PETALING JAYA: Hasrat model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, untuk menjalani hukuman enam sebatan di hadapan khalayak ramai kerana didapati bersalah meminum arak tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memerintahkan hukuman itu dilaksanakan di penjara.

Kartika yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar tabloid tempatan hari ini berkata, dia berasa terkilan kerana hasratnya untuk dihukum di khalayak ramai termasuk di hadapan media bagi memberi pengajaran kepada masyarakat tidak dapat dilakukan.

"Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apa pun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan.

"Saya akur keputusan mahkamah menetapkan hukuman dilaksanakan di penjara walaupun niat saya tidak kesampaian," katanya yang dipetik daripada laporan akhbar itu.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman enam sebatan secara syariah kepada ke atas Kartika di Penjara Wanita Kajang selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan pada 11 Julai lalu.

Mahkamah memerintahkan ibu kepada dua anak ini ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk pelaksanaan hukuman itu.

Kartika berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima hukuman dan menganggap ia sebagai balasan terhadap dosa besar yang dilakukan dan telah memalukan orang tuanya.

Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan, Sabtu 22 Ogos 2009


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi. - Bernama

Tuesday, August 18, 2009

Video: Hati hati ngan geng kreatif tak bertempat ni

sebutir kata:
Dijamin pada sesapa lepaih saja tengok video ni mesti rasa macam nak ikat jer keta kita kat pinggang masa pi shopping mall mana2 pun lah.. ngeeee...

Monday, August 17, 2009

Ngeee.. selamat pengantin lama dan baru


AKHIL Hayy bersama Waheeda selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini. -
Foto Amran Hamid

KUALA KUBU BARU: Selepas melalui episod penafian mengenai hubungan cinta, akhirnya penyanyi lagu Wassini, Waheeda diijab kabulkan dengan penceramah bebas, Akhil Hayy, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab sah menjadi isteri kepada Akhil yang juga ikon Astro Oasis dengan sekali lafaz. BH

Saturday, August 15, 2009

Bersedia Ramadan datang lagi


Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. sumber: Cina Islam

Friday, August 14, 2009

Resepi: Ikan bakar daun kunyit

BAHAN PERAP:

3 sudu pes tomyam
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
2 helai daun limau purut

BAHAN B:

1 helai daun kunyit
1 ekor ikan kerapu

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam.
  2. Balut dengan daun kunyit.
  3. Bakar hingga masak.
  4. Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap.
sebutir kata:
Nampak hmmm.. sedapp.. betoi betoi rasa camana tak tau lagi.. tak dan nak cuba.. posting dulu once dapat dari friend lama tadi..

Thursday, August 13, 2009

Video: Tak yah beli mainan mahal

sebutir kata:
Buat renungan bagi bakal mak bapak atau yang sudah beranak pinak.. tak yah beli mainan mahal.. kalau kreatif sikit, yang murah pun dapat menceriakan anak malah bapak pun berdekah dekah.. layannn..

Wednesday, August 12, 2009

Segera betulkan amalan yang terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik :-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward peringatan sebegini kepada kawan2 kita??

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

sebutir kata:
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Tuesday, August 11, 2009

Macam tak percaya


Member hantar email pagi tadi.. ular besaq yang memang betul2 luarbiasa zaman ni.. saja je nak syer ngan pengunjung..

sebutir kata:
Mau kencin manis kita kalau terserempak.. heh.. heh..

Saturday, August 8, 2009

Video: Jangan tengok waktu malam

sebutir kata:
Video entah dari mana member yang antaq.. dia sapu mana tah la.. seram gak la.. antu Jepun kot.. layan pi la.. tak tau dah nak posting apa..

Thursday, August 6, 2009

H1N1 - True story


Gambar hiasan: Penunjuk perasaan mewakili golongan jururawat dan pesakit pesakit lain di California pun turut demand lebih langkah keselamatan untuk mereka. Kita di 1Malaysia macamana..? Masih nak cover lagi ka keseriusan wabak ini dari umum?

Saja aku nak kongsi cerita benar tentang mangsa H1N1 yang aku terima melalui email pagi ni. Cerita ini aku rasa perlu diambil iktibar sebagai pedoman, apatah lagi mangsa ke 14 tempatan baru saja diberitakan disini.

Sama sama lah kita berdoa sambil berikhtiar semampu yang boleh menghindari diri kita dan keluarga dari terjebak ke wabak yang kian merisaukan semua pihak nie.. buat pengirim email, Pidah.. tq daun keladi :)


H1N1 story (true story)

High risk infection to person yg smoking, has asthma & others penyakit, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... masa ni kena kuarantin... at hospital.

Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.

Macam kes adik I. Critical Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung.

Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata... normally die.

My brother hari ni genap 8 hari.. still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis.. Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...

Itu lelaki tu.. imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin... tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masukh... siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air Yasin... Alhamdulillah pastu dia ok sikit.

Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus. Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young. The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private.

Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well... 1 doktor 5 patient... kat gov hospital... kesian dr2 tu... berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..

So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa.. very efficient. Very quick action.. Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients.. sampai tak balik rumah... tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

Thanks to Allah - sumber:
shalehudin

Wednesday, August 5, 2009

Video: Layan breakdance sat

sebutir kata:
Member antaq video tarian breakdance.. layan pi la sat..

Menari apa tah tertunggin tunggin tak ketahuan kepala ekoq.. mungkin faktor umuq kot.. aku rasa pelik la menari tunggin langgang camni.. guna skilll ni sambil jahit baju pun ok gak ni.. :)

Tuesday, August 4, 2009

Pelbagaikan punca pendapatan


Salam..

Orang kata, berkat dari istiqamah insyaallah sesuatu yang ikhlas akan dipermudahkan Allah jua.

Alhamdulillah aku dah mulakan cabang baru menjual kain kain sut beraneka jenis insyallah berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sesuai la ngan customer aku sekitar orang orang kampung jer.. nak utang ka Mak Cik.. opppss.. maap la yer.. modai kecik.. heh.. heh.. malu la nak habaq..

Aku tak peduli laku ka idak ker.. janji belasah dulu.. insyaallah..

Buat semua teman teman.. kalau yang tak dak kain lagi tu.. mai la jengok jengok kalau berkenan.. kalau nak balaih kain sut boleh.. nak tempah sori.. lain tahun boleh.. tahun ni punya tempahan raya dah tutup buku.. boleh kencin manis aku kalau dok terima lagi time la ni.. :)

Plan masa depan..?
Errr... sori.. ni rahsia perniagaan, laki aku kata tak boleh bocor kat orang strategi bisnes kita.. heh.. heh.. tapi laki aku dah book dia nak bawa van antaq baju..

Ni aku dok heran apasal banyak banyak keja, drebar van yang dia kalut..

Monday, August 3, 2009

Mangsa ke-8 A (H1N1) meninggal dunia

SEBUAH pacuan empat roda Jabatan Kesihatan Johor Baharu memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor hari ini bagi melakukan pemeriksaan setelah seorang pelajar lelaki sekolah itu meninggal dunia semalam akibat penyakit Influenza A (H1N1) atau selsema babi. Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah itu meninggal dunia kira-kira 8 pagi, selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini. -foto BERNAMA

PETALING JAYA: Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini - melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.

Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

Awal pagi tadi seorang ibu muda yang melahirkan anak dua minggu lalu meninggal dunia di Miri, Sarawak.

Sunday, August 2, 2009

Gambar menarik hari ini







sebutir kata:
Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
Related Posts with Thumbnails