Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 30, 2009

Kelab dilelong


Pak Lang Sudin terkekeh kekeh ketawa, berguling guling dilantai.

Apa taknya, bila terkenang ada jugak mangkuk hayun yang sanggup bergolok gadai kerana memuaskan nafsu hodohnya. Gamak sungguh mangkok tu membelanjakan berbilion duit bagi mengayakan kelab papa kedana kampong Padifield itu.

Dalam liga antara kampung daerah Inland, Liverfool memang nampak garang dan ranggi. Dengan panggilan The reads, tiada lawan yang tak berasa gusar bertemu mereka apatah lagi di kampung sendiri iaitu Padifield. Mungkin tergoda dengan kecomelan pasukan Liverfool ketika menewaskan Null City 6-1 telah membuatkan dia ni begitu berminat membiayai pasukan ini.


Segala perbelanjaan sanggup dibiayai. Asalkan namanya tertera di jersi pasukan The reads ini. Dari sebesar besar perbelanjaan termasuk snooker table, set bilik air, kipas angin sehinggalah kepada sekecil kecil biaya termasuklah sabun, shampoo dan tali kasut yang membawa kos sehingga £350 juta atau RM1.9 bilion.

Sebelum ini dikabarkan The Reads menanggung hutang sebanyak £245 juta (RM1.4 bilion) sempena dengan Aidil Fitri yang lalu dimana 70 % dari perbelanjaan mereka dihabiskan di kedai Che Pa, Simpang Tiga dan selebihnya di Eleven 7.

sumber: saba

Sunday, September 27, 2009

Mumbly

video
Mumbly cartoon show.. layan pi la.. fuhh.. letih raya tak abih lagi..

Thursday, September 24, 2009

Nasi hujan panas


Nasi Hujan Panas

BAHAN-BAHAN:

400 gm beras basmathi
400 gm air
1/2 tin susu cair
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau (bancuh satu titik pewarna dengan satu sudu besar air)
1 cawan minyak sapi

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan susu cair dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam dan beras. Tanak nasi seperti biasa.
  4. Apabila airnya sudah kering titiskan pewarna.
  5. Bila nasi sudah tanak barulah digaul.
sebutir kata:
Letih menjahit tak abih lagi, kita semak la pulak resepi yang kekawan email bagi ni. Tak tanya dia lagi, rempah empat sekawan tu mendenye.. hihi..

Saturday, September 19, 2009

Suatu hari dihari raya

video
sebutir kata:
Suatu hari dihari raya,
Ku lihat cahaya bersinar indah,
Langit cemerlang tak terkira,
Tanda kuasa Yang Maha Esa,
Memberi nikmat pada manusia.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Salam dihulur maaf dipohon buat semua pengunjung..

Disini, ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada:

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TER
marah yang tak kena,
TER
tanya tak tentu hala,
TER
sasul yang tak sengaja,
TER
pukul kat mana-mana,
TER
pekik di telinga,
TER
hantuk di kepala,
TER
pinjam harta benda,
TER
moody tak semena-semena,
TER
umpat bila-bila,
TER
usik yg sengaja,

dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin!

Tuesday, September 15, 2009

Nah ambik


sebutir kata:
Ambiklah.. jangan segan segan.. heh.. heh..

Monday, September 14, 2009

Ummati


Gambar hiasan

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Oleh : Musyairie
Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk
'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Meruntun jiwa agar timbul kesadaran untuk mengingati maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. shalehudin

Sunday, September 13, 2009

Mandi dan khasiatnya

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Friday, September 11, 2009

Anita Sarawak disamun, suami cedera ditetak


Kuala Lumpur
11 Sept 2009
8-30 malam

Berita ini baru diterima.

Penyanyi veteran wanita bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak disamun sebentar tadi oleh 4 lelaki di Taman Melawati.

Difahamkan, suaminya, Mahathir, cedera di kepala akibat ditetak penyamun.

Kedua-duanya kini berada di sebuah hospital swasta di ibunegara bagi mendapatkan rawatan.

Monday, September 7, 2009

Siti Hajar - contoh pengorbanan isteri solehah


Apabila disebut Makkah, seluruh umat Islam terasa teruja dengan kota suci. Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat Islam, terutama ketika musim haji. Setiap waktu menunaikan sembahyang pula kita terasa begitu hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat.

Satu perkara lagi yang paling sinonim dengan kota Makkah ialah sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail. Di sebalik kisah pembukaan penempatan Makkah itu terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar. Pengorbanan Siti Hajar sebagai isteri yang solehah amat mengkagumkan dan harus dijadikan contoh kepada semua.

Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Perkahwinan itu direstui isteri pertama, Siti Sarah, sebagai satu usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim yang bakal meneruskan tugas menyebarkan agama Allah. Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya ketika itu telah mencecah 70 tahun.

Namun, perasaan Siti Sarah berubah menjadi cemburu setelah Siti Hajar mengandung dan mengambil keputusan tidak mahu hidup bersama lagi dengan madunya. Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya itu untuk mengelak persengketaan. Peristiwa itu sebenarnya menyimpan banyak hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan, Nabi Ismail, menuju ke satu tempat yang amat jauh dari kampung halaman mereka di Palestin.

Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail ke satu lembah yang kering kontang dan tiada penghuni yang kini dikenali Makkah. Kedua beranak itu ditinggalkan dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana mengetahui tindakan Nabi Ibrahim itu satu perintah daripada Allah.

Siti Hajar menyedari jika itulah perintah daripada Allah, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang taat. Namun hatinya masih tertanya-tanya hikmah di sebalik perintah Allah itu.

Bayangkan perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anak yang masih bayi di suatu tempat yang tidak berpenghuni dan kering kontang. Pada siapakah dia harus mendapatkan pertolongan jika berlaku sesuatu perkara yang buruk kepadanya?

Dia juga sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang menemui suaminya yang tercinta. Sedangkan, dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah pada ketika itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk sampai dan terpaksa melalui perjalanan yang sukar.

Siti Hajar memang merupakan wanita terpilih. Zuriatnya melalui Nabi Ismail melahirkan nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad. Kecekalan dan perasaan reda berdepan dengan cabaran hidup yang sedemikian tentunya tidak pernah dilalui wanita lain.

Tidak lama selepas tinggal di lembah kontang itu, bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah kehabisan. Lebih merungsingkan lagi apabila susu badan Siti Hajar sendiri tidak lagi keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak mendapat makanan yang cukup. Nabi Ismail tidak dapat menyusu susu badan ibunya.

Ketika itulah Siti Hajar mula resah. Tidak sanggup mendengar tangisan Nabi Ismail akibat kehausan, Siti Hajar meletakkan Nabi Ismail di satu tempat lalu bingkas bangun mencari ke segenap tempat untuk mendapatkan air.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Tanpa disedari, Siti Hajar sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air. Perlakuan Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya.

Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini iktibar untuk seluruh umat Islam, perbuatan Siti Hajar berlari-lari berulang-alik dari Bukit Safar dan Bukit Marwah dizahirkan ketika melakukan ibadat haji.

Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali adalah antara Rukun Haji yang menentukan sah atau batal ibadat haji yang dilakukan. Rukun haji itu dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf.

Kembali kepada kisah Siti Hajar, selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

Ketika menadah air itulah terpancul dari mulut Siti Hajar perkataan 'zami, zami, zami yang bermaksud 'berkumpullah, berkumpullah, berkumpullah'. Dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam.

Tangisan Nabi Ismail reda setelah hilang hausnya. Dan dapatlah Siti Hajar pula menikmati air itu untuk mengembalikan kekuatan dirinya. Tempat air terpancut keluar itu dibuatkan takungan bagi mengumpul lebih banyak air.

Takungan air yang dibina itu bukan sahaja dijadikan sumber air minum Siti Hajar dan anaknya, tetapi dalam tempoh masa yang singkat dikesan oleh burung-burung yang berterbangan. Berkawan-kawan burung datang dan pergi silih berganti minum dan berehat di kawasan itu.

Pergerakan burung itu kemudian dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu. Mereka dapat mengagak bahawa tempat itu ada sumber air. Lantas, mereka mencari-carinya dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu.

Dengan itu Siti Hajar pertama kali dapat menemui orang sejak ditinggalkan suaminya di situ. Ada kabilah menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu. Namun, dia tetap setia berpegang kepada perintah suaminya agar tetap tinggal di tempat itu.

Selepas peritiwa itu, kabilah-kabilah telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan bekalan air. Setiap kali air dicedok, air yang keluar semakin banyak. Lebih menakjubkan, rasa dan khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa.

Memandangkan ada bekalan air yang terjamin di situ, ada kabilah yang terus menetap di situ. Mereka yakin tempat itu dipenuhi dengan barakah. Tidak hairanlah jika dalam tempoh masa yang singkat sahaja, bilangan penduduk Makkah bertambah dengan mendadak.

Pengorbanan Siti Hajar wajar dijadikan contoh kepada para wanita dalam menghadapi cabaran hidup. Yang penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan sesuatu masalah. shalehudin

Sunday, September 6, 2009

Maha suci engkau, tiadalah engkau ciptakan ini dengan sia sia

Saudaraku,

Sesungguhnya siapapun tidak akan mengingkari bahwasanya alam semesta ini telah diciptakan dengan rapi dan indah serta teratur oleh Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah SWT menciptakan bentuk bumi ini beserta isinya. Bagaimana Dia ciptakan lautan, hutan, langit, awan, planet-planet, galaksi, hewan, tumbuhan, dan bahkan lihatlah bagaimana Dia telah menciptakan diri kita, manusia, dengan sebaik-baik bentuk.

Berikut ini saya cuba berbagi gambar foto-foto yang begitu indah dari beberapa bahagian yang ada di tubuh kita bila dilihat dari alat Super Mikroskop, yang mana gambar-gambar ini saya peroleh dari Saudara saya yang beliau kirimkan melalui email.

Semoga dengan melihat gambar-gambar di bawah ini menjadikan kita semakin yakin akan Keagungan dan Kebesaran Allah SWT, sehingga bertambah pula rasa syukur kita atas segala kurnia-Nya..

Insya Allah.. Aamiin.


# Ini merupakan gambar sel darah merah, mirip terumbu karang


# Ini merupakan ujung rambut kita yang rusak (bercabang)


# Titik-titik perasa di lidah, di lidah kita memiliki 10.000 titik perasa yang mampu membedakan rasa manis, asam, masin, pahit pedas dan lainnya.


#Ini merupakan kumpulan sel darah beku pada tubuh kita, sedangkan yang putih di tengah adalah sel darah putih yang beku


# Gambar ini merupakan Alveoli di paru paru dimana terjadi pertukaran darah dan udara


# Gambar ini merupakan sel kanker di paru paru kita


# Ini merupakan embrio manusia yang dikelilingi beberapa sperma


# Gambar ini adalah foto dari beberapa sperma yang sedang mengelilingi telur


# Ini adalah gambar sel telur pada wanita, warna merah itu adalah mahkota sel


#Kalau yang dibawah ini kelihatannya sangat indah, namun ini adalah virus mematikan yang belum ada obatnya yaitu Virus HIV / AIDS



Virus H1N1 (Flu Babi) Indah tapi siap merenggut nyawa.

~~oo0oo~~

(Yaitu) Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka”(Al Qur’an, surah Ali Imran, ayat 191) - shalehudin

Friday, September 4, 2009

Siri Kreatif tak bertempat: Seni hiasan bangunan

Seni hiasan bangunan ala Bangla..

Gambar yang menakjubkan ini kiriman Mie Mie buat sendal gusi dibulan posa ni..

Sesuai dengan gen Melayu yang suka ikut ikutan, apakata kita ikut selera hiasan bangunan ni dan apply kat 1Malaysia pulak.. heh.. heh..



sebutir kata:
Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.

Wednesday, September 2, 2009

Video: Skill buruh di Bangladesh

video
sebutir kata:
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
Related Posts with Thumbnails