Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 30, 2010

Kenapa? tak percaya ker Malaysia juara...

Salam,
14 tahun punya tunggu, 14 tahun punya merindu... hihi... Malaysia akhirnya berjaya jugak muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2. Kenapa? ada yang payah nak percaya ker... hihi...

Tewas 1-2 pada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi tak membantu Indon kerana Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Khairul Fahmi Che Mat bermain cemerlang. Kak Ros suka ngan sikap mengarah kengkawan dalam game, dah tu selamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pulak tu pada separuh masa pertama. Isu laser yang mengganggu keeper yang sengaja diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit pada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Wednesday, December 29, 2010

Benda yang tak boleh dibeli dengan duit

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.- RM

Kecil, kawan tapi bila besar tak terlawan

Salam,
Orang tua tua dah pesan, masa kecik jadi kawan tapi bila dah besar akan jadi lawan. Malah dalam banyak kes, api yang besar ni memang tak terlawan dik kita... maka berhati hati lah...

Dua anggota bomba bekerja-keras memadam api yang memusnahkan 57 buah rumah dalam kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka Langkawi di sini malam Isnin. Anggaran lebih RM1 juta kerugian akibat kejadian itu yang menyebabkan hampir 400 orang hilang tempat tinggal. - Foto Bernama

Tuesday, December 28, 2010

Apa hal la Indon nih... bola pun kecoh ka...

BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.

ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu.

Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.

Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan.

Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama dan kedua sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara.

Lalu timbul persoalan, wajarkah hanya penyokong Malaysia dilabel sebagai pencetus kepada penggunaan laser sedangkan awal-awal lagi penyokong Indonesia sudah ‘mengajar’ bagaimana untuk menyalahgunakan alat berkenaan.

Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.

Laman web Kompas.com umpamanya dihujani dengan komen-komen peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka.

“Positif thinking saja... kalo mahu jujur, saat Indonesia bertemu Malaysia di Senayan, ketika gol kelima dilakar oleh Irfan Bachdim, terlihat jelas di wajah penjaga gol Malaysia ada sinar laser hijau... coba lihat,” demikian komen seorang penyokong Indonesia yang menggunakan nama PekanBaru Tki dalam entri terbaru laman web Kompas.com.

Selain itu antara petikan komen lain ialah: “Ha ha... laser jadi kambing hitam, nanti kalau di Senayan kalah lagi kambing hitamnya ada nggak ya?.” Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan kepada pemain Indonesia.

Dengan pelbagai komen yang seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa itu, jelas sekali menunjukkan skuad Indonesia serta penyokong setia mereka tidak perlulah lagi menuding jari lagi ke arah penyokong Malaysia kerana sudah jelas, mereka yang memulakan dulu insiden penggunaan cahaya laser.- myMetro

Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah

Hadith :

Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :”Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai" (Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah.

Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.

Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya.

Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, December 27, 2010

Terbaik

Kak Ros merayakan dua benda terbaik pepagi nih...

Pertama, Malaysia benamkan Indonesia 3 - 0, dengan begitu bergaya sekali. Ini padahnya kalau kita cakap besar macam ngan Indonesia jugak. Sekali kena ngan team underdog cam Malaysia baru depa tau... Tahniah pada barisan anak muda negara yang bertungkus lumus untuk menaikkan kembali nama negara dalam arena bolasepak. Jangan heran kalau kak Ros pun boleh minat kembali bolasepak tempatan lepas nih... hihi...

Keduanya, Manchester United kukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga perdana dengan menumpaskan Sunderland 2 - 0 di Old Trafford. Pergghh... cayalah Berbatov... Man U kini mengumpulkan 37 mata mengatasi Man City di tempat kedua dengan 35 mata...

Sarapan roti sardin jer pagi nih... bukan sarapan bola tauu... hahaha... anak-anak? yang pompuan ke kolej, yang sulung lelaki pun ke kolejnya jugak... yang form 4 tuh... hihi.... honeymoon kat rumah toknya... laki? awai awai dah ke kerja... tinggallah kak Ros dok layan blog... addehhh... hihi...

Saturday, December 25, 2010

Kepala semak, perut tak enak...

Salam,
Orang bercuti, kak Ros lagi busy,
Sekolah nak bukak sembilan hari lagi.
Baju bertimbun dok jadi kain lagi,
Senyum pun tak manih, naik pucat lesi... hihi...

Suami faham kepala dah pusing,
Lenguh badan, mata naik juling.
Anak anak pun tau depa tak bising.
Tolong diam tu yang penting... huhu...

Suami ajak satu famili pi ronda,
Tengok kot BM apa yang ada.
Pekena char koey teow, sedap punya,
Lama tak rasa, terangkat juga... haha...

Rasa kendur urat yang tegang,
Mata ranum jadi cekang,
Hati gundah rasa tenang,
Tak yah masak, relax panjang... wakaka...

Semua cantik, semua hensem...

Salam,
Tengok kanan cantik, tengok kiri pun hensem... tengok depan kacak, tengok belakang pun lawa... alhamdulillah, syukur seadanya... anugerah Allah kak Ros nikmati penuh keindahan.

Hihi... entah la pulak, pepagi cuti ni kak Ros teringat kat anak anak. Sambil jahit baki baju baju sekolah yang berlonggok depan muka nih, teringat jugak keletah dan tawa riang bebudak keliling kita. Depa depa dah membesar dengan begitu cepat rasanya. Hensem2... kacak2... dan lawa2...

Mana ada ibu yang kata anak2 depa tak hensem kan, mana ada ibu yang suka kata anak2 depa tak lawa kan, anak2 dia la yang paling cantik... bukan sikit2 tau, tercantik dalam dunia.... hmmm....

Sib baik kenangkan anak anak ni tak kena duit yerk...

Friday, December 24, 2010

Tak betoi kot...

Salam,
Perhubungan anak dengan ibu dilihat lebih akrab kalau nak dibandingkan perhubungan anak anak dengan si bapa. Ini lumrah dan keakraban ini tidak lah menghairankan kerana bapa diihat sebagai pencari rezeki dalam keluarga dan si Ibu perlu memastikan anak anak dan si suami terurus makan minumnya dan terjaga pakai dan kekmasan diri mereka.

Hasil dari kasih sayang seorang ibu yang tiada batasnya terhadap si anak juga mengeratkan lagi kasih sayang ibu dan anak anak tadi. Bukan lah kak Ros letakkan lelaki sebagai tidak sayang pada anak atau disayangi oleh si anak, tapi lebih akrab jika nak dibandingkan dengan si ibu.

Namun satu kes yang berlaku di Kota Bharu seperti dilaporkan oleh akhbar hari ini mungkin mengejutkan. Seroang suri rumah dan juga ibu, Marsuzana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan membunuh bayi perempuannya sendiri berusia tujuh bulan dalam kejadian di Pasir Puteh pada 12 Disember lalu.

Tertuduh, Marsuzana Che Muda, 31, dituduh membunuh anak tunggalnya, Alia Miazara Mohd Azim, di sebuah rumah lot, Kampung Gual Tengah, Pasir Puteh, pada jam antara jam 4.30 hingga 5.30 pagi, pada tarikh berkenaan. Marsuzana yang berdepan hukuman gantung mati mandatori kerana dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), bagaimanapun sekadar mendengar pertuduhan dibacakan, selain tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah.

Entahlah, kak Ros pun tak tau apa ke halnya pulak... tak betoi kot...

Biodata Rasulullah s.a.w

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH S.A.W
  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
  1. Thuwaibah
  2. Hamzah
  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
  1. Halimah Al-Saidiyyah
  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  5. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah ***
  5. Al-Abbas ***
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8. Abdul Ka ' bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Thursday, December 23, 2010

Woii lelaki, mana pi penyayang mu...

Tengok dulu gambar yang kak Ros selitkan kat atas nih... seorang bayi yang baru berusia sembilan bulan terdampar diatas katil akibat pendarahan dalaman...

Dah tengok kan? Hmm... ini adalah hasil dari panas baran seorang bapa terhadap anaknya yang terlalu kerap menangis dan mungkin sedikit mengganggu ketenteraman hati si bapa. Jangan salah faham, kak Ros tak hingin menuduh, jauh sekali menghukum bapa pada simangsa. Kak Ros tak berkuasa untuk menuduh dan menghukum cuma berita ngeri ni perlu dijadikan iktibar dan pedoman pada semua terutama kaum LELAKI. Berita dari akhbar online BH kat sini... begitu menyentuh hati keibuan bukan saja kak Ros, malah semua ibu ibu dimana jua berada dan tak terkecuali juga pada kaum adam yang faham serta insaf.

Bayi kerap menangis tentu ada sebabnya. Sebagai ibu bapa, kita perlu faham dan cari puncanya yang menyebabkan anak kecil itu menangis, bukan "koma'kannya dengan dibaling ke dinding.

Masih ada lagi rupanya dizaman moden ini, sebahagian dari kita yang masih menggunakan nafsu sebagai jalan penyelesaian... bukankah agama itu pembimbing ummat yang amat sempurna... tak beragamakah kita?

Wednesday, December 22, 2010

Pengguna kena main lagi

Salam,

Macam macam cara orang cari makan, diorang tak kira cara baik atau jahat... haram atau halal... asalkan dapat memenuhi kehendak hidup yang kian dihimpit keadaan. Kisah orang ramai yang bertungkus lumus cari makan ni, kalau kita nak sembangkan... 3 hari 3 malam pun tak habis... Manusia yang buat bermacam macam perangai ni tergolong dari semua peringkat... tak kira tua muda, kecil besar, kaya miskin... kerja sendiri atau makan gaji... dok saja atau berniaga...

Yang berniaga lagi teruk sebab yang kena kita sebagai pengguna... kak Ros teringat nak mengomel pasai ni bila saja terbaca kisah Milo telah dicampur dengan serbuk koko tiruan yang dipaparkan di Kosmo hari ni... kisah yang dirakamkan di Pulau Pinang ni sebenarnya sudah lama... cuma ianya tak dihebahkan. Serbuk koko ni dengan mudah boleh didapati di pasaraya pasaraya sekitar Pulau Pinang dan rasanya sebijik macam rasa Milo.

Peniaga tak ingat lain dah, depa ingat nak untung saja tapi pelanggan telah diperdaya mereka dengan mengisi semula serbuk koko tiruan ke dalam tin Milo asal bagi mengaut keuntungan mudah. Penggunaan serbuk koko tiruan itu dipercayai dapat menjimatkan kos pembelian sebanyak 30 peratus berbanding harga Milo asal.

Hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasaan di beberapa kedai minuman di sekitar Bukit Minyak, Taman Ciku di Bukit Mertajam serta di Seberang Jaya mendapati, serbuk koko yang dijual di dalam bungkusan plastik tanpa jenama itu diisi ke dalam tin Milo seberat dua kilogram (kg).

Apa kita nak buat dengan peniaga peniaga jenis nak kaya cepat tapi tipu kita sebagai pelanggan nih... nak kasi ka biar tak dak benih terus lepas ni?

Do not use LAPTOP in bed

A family in Mequon lost their 25 year old son Arun Gopal in a freak fire accident at home June 4th. This is exactly what happened.

Arun had graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison just two weeks earlier and had came home from the campus for a day.

He had lunch with his dad at home and decided to go back to to clean up his room at the campus. However, his dad told him to wait and see his mother before returning to the campus as she was due back from work in a couple of hours. He decided to take a snooze while waiting for his mom while his dad went out.

Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. The 25 year old Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by laptop in the bed.

When the laptop is on the bed, the area below it is blocked and the cooling fan does not get air to cool it and that is what caused the fire.

Arun did not even wake up to make any effort to get out of bed as he died of massive carbon monoxide inhalation. The purpose of this "forward" is to make aware that most of us use our laptop in bed and often go to sleep with it next to us. Please make it a practice not to do that.

The risk is very real. Make it a rule not to use the laptop in bed...

Monday, December 20, 2010

Sebelum Tidur

Salam,
Untuk manfa'at bersama.....

Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi ) 
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, tiga kali, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu, tiga kali.

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Selamat beramal...

Histeria mai pulak dah

Salam,

Hmmm....
Tukang jahit memang camni...
Bangun awai pagi...
Kerja sampai dinihari...
Kak Ros pun tengah tension ni...
Baju sekolah banyak tak siap lagi...
Sekolah dah nak bukak ni...

Badan rasa macam tak sihat...
Teruk pikiaq bila nak rehat...
Hihi...

Ni bukan puisi hati...
Bukan jugak iklan cari pembantu peribadi...
Cuma nak tengok ada ka yang sudi...
Menabur budi pada kak Ros yang tengah histeria ni...
Hihihi...

Sunday, December 19, 2010

Layak untuk layak

Hahaha...

Apa punya tajuk nih... hihi... pa pun kak Ros nak ucapkan tahniah pada skuad bolasepak negara yang berjaya merangkak ke final piala Suzuki AFF 2010 dengan menewaskan Vietnam dengan agregat 2 - 0. Kak Ros ucap tahniah juga pada jurulatih dan para pemain walaupun sorang kak Ros tak kenai... haha... tahniah... kerana semangat berpasukan yang tinggi dan inginkan kemenangan yang kental itulah, anda sebenarnya memang layak untuk layak... layak ke akhir piala Suzuki musim nih...

Kak Ros minat ngan Man United, tapi tak bermakna sukan bolasepak tempatan kak Ros tak suka. Sikit sikit perkembangan bolasepak tempatan tu kak jengok jengok jugak... besa laa.... puji melambung bila dah menang...

Thursday, December 16, 2010

Belum puas bermanja

Salam,
Rasa macam lama sangat dah kak Ros tak kesempatan nak jenguk blog kak Ros nih... maklum laa kan, sibuk la katakan. Woii... hangpa jangan ingat jadi surirumah tangga ni tak sibuk. Silap silap lebih sibuk dari orang kerja pejabat, silap silap lebih pening dari orang yang buat sales... hihi... try sendiri kalau tak percaya... hehe...

Tak sibuk mai mana, yang ada dalam rumah semuanya lelaki. Sesatunya anak pompuan kak Ros dah dihantar kolej sambung pelajaran... hihi... padan ngan muka tinggal sorang sorang. Tunggu cuti semester la kot baru dapat teman berbual panjang... hadoiiihhh... Ngan orang lelaki ni bukan boleh sembang lebih lebih... hihi...

Kak Ros ada kesempatan nak update blog ni pun pasai laki dan anak anak kak Ros dok sibuk buat kecoh selepas diorang terkejut beruk Malaysia benamkan Vietnam 2 - 0 dalam piala AFF Suzuki 2010 sebentar tadi. Kalau tidak... jangan harap kak Ros nak boleh cuci kepala ngan berblog... hehe... baguih jugak ada game bola kerap sikit...

Kak Ros tersentuh hati betoi bila terbaca kisah menyayat hati kat HM disini... kisah menyentuh hati yang merentasi batas batas bangsa, bagaimana sorang kanak2 perempuan berusia empat tahun yang masih mentah dengan sepak terajang dunia telah ditemui polis dalam keadaan tak bermaya disisi mayat ibunya. Mengikut pengamatan polis, mayat yang sudah berulat itu ditemui terlantar lebih dari tiga hari dipercayai dibunuh.

Kesian kan budak pompuan tuh... baru empat tahun dan masih mentah untuk memahami apa sebenarnya yang terjadi pada ibu yang amat amat dikasihi... tempat bermanja telah tiada belum sempat dan puas bermadu kasih... hmmm....

Monday, December 13, 2010

Duit duit...

Cari duit tu dah satu perkara yang semestinya susah tapi nak jaga pendapatan yang diperolehi tu dengan membelanjakannya pada yang berfaedah saja dan kena pada tempatnya bukanlah mudah.

Sebab tu menguruskan kewangan keluarga adalah teramat penting dan kepentingan ini lah selalunya terletak dibahu seorang wanita, samaada seorang isteri pada suami atau seorang ibu pada anak anak. Itulah pentingnya wanita zaman moden ini. Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, sesetengah wanita lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan. Wang belanja yang diberikan suami pastinya bakal dicincang lumat dan dibahagikan sebaik mungkin bagi meringankan bebanan suami tentunya, walaupun tanpa disedari dengan baik oleh si suami.

Walaupun harga barangan kini kian menikam, kualiti barang kian membukam... persiapan persekolahan anak anak hendak juga disiapkan. Tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk setiap anak anak yang bersekolah kena jugak tersedia. Keperluan sekolah tak mengira gawatan ekonomi atau tidak. Apa yang perlu ditekankan pada anak anak ialah pendidikan tentang peri pentingnya berjimat cermat dan membelanjakan pabila perlu. Merengek dan meminta berdasarkan pada keperluan.

Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, kita perlu berbelanja sebanyak RM250.

Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong dan pasar malam. Jika masalah ini berterusan, ramai yang akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi.

Kak Ros ni bukannya apa, baru balik dari melawat pasaraya... melihat lihat kelakuan orang ramai yang ghairah berbelanja disamping anak anak yang teruja suka. Si suami seperti biasa, berdendang dibangku menanti si isteri usruskan semuanya. Itulah tanggungjawab wanita, perlu bijak memilih dan menilai mana yang perlu dibeli dan dihargai anak anak...

Sib baik la kak Ros dah lama terlepas dari bebanan ni...

Wednesday, December 8, 2010

Mimpi rupanya

Salam...

Sedap betoi kak Ros baca, rasa insaf bila pikirkan, rasa terharu kalau betoi laa ada pemimpin macam ni kat negara kita nih. Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin... cheewaah... beruntung la rakyat kita kalau dapat pemimpin yang peduli...

Menurut Dr. Ahmad Bashir dari UUM, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir. Baginda sanggup mengikat batu diperut menahan lapar bersama sama pengikutnya.

Kita mungkin tak boleh sesempurna Rasulullah s.a.w tapi sekurang kurangnya, ikut la jugak sikit kalau tak banyak. Jangan sampai kita langsung tak mau ikut. Hari ini orang kenyang dengan makanan sampai lupa Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah. Ramai yang terpaksa letakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain ‘mengah’ dengan tujuan membuang angin... hihi...

Errr... salah ka sekali sekala kak Ros mimpikan benda benda baik camni...?

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah muslim sejati

Salam

Banyak sangat perkara perkara membebankan minda yang kita tengok sekeliling kita sekarang ini. Manusia menjadi lemah dan tidak berdaya. Apakah mungkin disebabkan umur yang meningkat tapi ilmu dan keimanan mereka masih ditahap lama...

Umur meningkat, tapi ilmu agama dan iman masih ditakok tadika dan sekolah rendah. Sembahyang tidak ditingkatkan, akhlak tidak diperbaiki, ilmu tidak ditambah, iman tidak dijaga, orang susah tidak dibela, anak yatim dibiarkan, orang sakit tidak dihiraukan. Akhirnya kifarah Allah s.w.t terpalit pada semua...

Apa kata di pagi hari 1 Muharram ni kita bertekad berhijrah dari baik pada yang terbaik dalam membentuk jati diri sebagai muslim sejati... memperbaiki diri dalam persiapan kita menghadap Ilahi...

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H...

Gula umpan semut

Kak Ros geram betul laa... memang tak berhati perut langsung, tak berperikemanusiaan... Hihi... ia la, kalau dah berhati perut, berperikemanusiaan, takkan depa nak buat benda yang paling keji camni kan... lelaki pukui pompuan... hadoiihh....

Dalam laporan Harian Metro kat sini, yang bertajuk mangsa ragut pengsan... telah dilaporkan tindakan kejam tiga lelaki (laa... lelaki lagi?) Bukan saja meragut, malah mereka turut memukul mangsa hingga jatuh tersembam dan pengsan ketika dia menunggu teksi berhampiran pusat bandar Taman Melawati, dekat sini, Khamis lalu.

Kesian kann... sakit dapat, harta yang sikit sikit dalam beg pun lesap... ya la, takkan nak bawa sampai 15 ribu dalam beg tangan kot... hilang akal ka hapa...

Buat semua kaum hawa, kak Ros nak pesan laa.. beringat sebelum kena. Jangan dok berani sangat, dok tempat tempat sunyi sorang sorang. Cara kita pun kadang kadang tu ada jugak sikap macam boh gula untuk umpan semut.... kena la beringat sama...

Sunday, December 5, 2010

Pengangkutan awam kian bermasaalah

BAHAGIAN depan rumah Zakaria Dollah, 66, di Kampung Wakaf Merah, Tendong, Kelantan, ranap manakala keretanya rosak teruk dirempuh bas ekspres pagi tadi. Bagaimanapun, Zakaria, isteri dan sembilan anak mereka yang sedang tidur terselamat dalam kejadian 5.15 pagi itu. Pemandu dan 26 penumpang bas berkenaan juga dilaporkan tidak cedera. - Foto NSTP

Saturday, December 4, 2010

Kaitan gout, karang

SAYA berusia 44 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap penyakit gout. Sejak kebelakangan ini, saya kerap mengalami sakit pinggang pada sebelah kanan dan kerap kali kencing berdarah.

Kemusykilan saya, apakah penyakit gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal? Apakah rawatan yang perlu saya jalani dan langkah-langkah yang perlu saya ambil selepas ini?

Hati Risau

PENYAKIT gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Ini kerana pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout boleh berlaku dalam buah pinggang. Keadaan ini seterusnya membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Namun begitu, ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.

Daripada tanda yang anda alami iaitu sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah, kemungkinan besar anda menghadapi masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.

Antara pemeriksaan yang perlu saudara jalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing saudara. Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.

Saudara juga perlu menjalani ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman.

Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis radiolucent.

Dari segi rawatan pula, ia bergantung kepada saiz dan sama ada berlaku komplikasi atau tidak.

Rata-rata batu karang dari jenis asid urik adalah dari jenis yang lembut dan boleh dihancurkan dengan ubat-ubatan. Jika tidak ada apa-apa penyumbatan pada buah pinggang, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis akan diberi.

Rawatan ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol serta urinary alkalinizer iaitu sejenis ubat yang menjadikan air kencing saudara beralkali. Ini seterusnya akan membantu menghancurkan batu karang.

Selain itu, batu karang asid urik ini juga boleh dipecahkan dengan menggunakan cara extra corporeal shock wave lithotripsy. Teknik pemecahan batu ini boleh dilakukan secara rawatan harian dan tidak memerlukan bius.

Daripada sudut pemakanan pula, elak mengambil minuman berkafein seperti kopi. Saudara juga perlu mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak. Selain itu, daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana.

Hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana. Sayur-sayuran dari bentuk kekacang juga perlu dielak.

INFO: Tip pemakanan pesakit gout
  1. Minum banyak air kosong.
  2. Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi.
  3. Elak memakan makanan mengandungi kadar purine tinggi. Ini boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan. Contoh makanan ialah organ dalaman seperti hati dan paru-paru dan otak.
  4. Daging merah seperti daging kambing dan lembu perlu dimakan dalam kuantiti sederhana.
  5. Hasil laut seperti kerang, kepah, ikan bilis, sardin dan salmon juga mengandungi kadar purine tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana.
  6. Sayur-sayuran dalam bentuk kekacang juga perlu dielak
Sumber: BH

Friday, December 3, 2010

Gayat jugak ni

Sayup sayup di puncak gunung, kesungguhan manusia mencabar kekentalan alam ciptaan Tuhan dalam usaha mereka meneruskan hidup... 

Inilah hasilnya, sebuah jambatan yang menghubungkan dua puncak gunung... wallawoiii... ada berani ka...?

Thursday, December 2, 2010

Hawa, amanah Allah terhadap Adam

Sebelum baca lebih lanjut, tengok dulu gambar yang dipaparkan disini....... isk... isk...

Apa yang hangpa nampak. Ya... namanya ialah, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9. Ya... dia adalah seorang perempuan. Ya... dia adalah mangsa kekejaman seorang lelaki. Ya... seorang lelaki dan lebih malang lagi lelaki itu ialah bapanya sendiri.

Nurul Dahyatul Fazlinda, 9 telah cedera parah disimbah asid oleh bapanya sendiri bersama sama adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2 pada 16 Ogos lalu.

Bayangkan bagaimana anak ini meraung raung kesakitan. Bayangkan bagaimana anak yang masih mentah ini menggelupur menahan kesakitan dari curahan asid itu. Bayangkan bagaimana anak ini hendak meneruskan hidup dengan rupa yang telah sengaja dirosakkan oleh ayahnya sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung baginya.

Bagaimanapun, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, telah dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan keatas kedua-dua tuduhan.

Segalanya memang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa terhadap kedua dua mangsa serta juga tertuduh. Namun yang menjadi persoalan disini ialah sikap panas baran kaum Adam terhadap kaum yang lemah. Kaum Adam hanya di lihat berani menunjukkan baran pada kaum Hawa dan kanak kanak yang takut untuk melawan. Sudah tu sudah laa wahai kaum Adam. Hawa diwujudkan Allah sebagai amanah terhadap Adam, bukan tempat melepaskan geram.

Seseorang itu dilihat kuat bukan kerana menewaskan berpuloh puloh musuhnya tapi kerana berjaya mengawal nafsu amarah mereka.

Budak budak zaman la

Salam...
Perangai budak budak la buatkan kak Ros jadi risau. Urut dada berbelas kali, istighfar panjang tiga depa pun dok tak boleh hilang jugak risaunya.

Kita pun ada anak, tak risau mai mana. Kes anak dara lari dari rumah dah macam perkara biasa. Bukan sebab sebab yang besar sangat pun sebenarnya melainkan banyak ter'tipu' dengan cinta buta. Ter'tipu' dengan pujuk rayu memenuhi keegoan si jantan yang tak ketahuan punca keturunan, bukan saja dalam negara tapi jugak ke Indonesia malah ada yang langgar sempadan bangsa iaitu ke India atau Bangla... hadoyaiii...

Besar sungguh cita cita anak bangsa kita la ni, inginkan keturunan mereka ada iras iras antarabangsa kot. Budak budak la ingatkan cinta tu boleh bagi kenyang depa seumur hidup kot... Budak budak la ingatkan kasih dan sayang tu boleh bahagiakan depa selama lamanya kot...

Mana ada cinta yang subur selamanya hasil menipu ayah dan ibu...
Mana mungkin kasih sayang berpanjangan kalau ia didirikan atas berahi serakah...

Wednesday, December 1, 2010

Petua cuci kerang

Salam,
Kak Ros ni macam besa la, surirumah sepenuh masa la katakan. Pepagi lagi mana ada kerja lain lagi dah. Sibuk memanjang ngan kerja rumah dari memula bukak mata sampai la time nak tidoq balik... kerja rumah tak pernahnya habis...

Tapi sejak bangkit tidoq tadi lagi, kak Ros dah teringatkan nak makan gulai kerang. Rasa macam dok kot tepi mulut ja nih... hihi... tak lekat perut pun, saja teringat, terliur rasa gulai kerang kekuningan campur nenas... hadoiiihh...

Kerang ni memang sedap dimakan tapi payah jugak nak cucinya sebelum sedia untuk dimasak. Jadi kak Ros nak bagi petuanya, macamana kak Ros cucikan kerang sehingga tengok berselera untuk dimasak, ya la... kulitnya saja kalau kita tengokkan pun dah kembang tengkok...

Kak Ros selalunya gunakan hampas kelapa. Petua turun temurun nih... hihi... Hampas kelapa ni digaul bersama kerang yang nak dimasak tu dan masukan sedikit air. Insyaallah... kerang yang ala ala kehitaman tu nanti akan mudah dicuci dan memutih. Cuba la petua kak Ros ni... setakat ni memang berkesan sangat la bagi kak Ros... hihi...

Mesti laki sayang punya tengok kerang putih melepak... orang lalu belakang gerenti tak nampak... haha...

Tuesday, November 30, 2010

Macamana agaknya muka ayam tu masa bertelur

Telur ayam dua kali lebih besar

GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).

CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.

"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

Saturday, November 27, 2010

Adab berkawan

Tak berkawan nanti orang akan panggil kita kera sumbang plak... jadi kita kena berkawan la. Ini adat dah sebagai insan ni, suka jadi kawan dan suka cari kawan. Apabila kita berkawan, diri sendiri dan kawan harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri.

Adab? Haa... ni kak Ros simpulkan beberapa adab yang elok sangat korang ikut nih...
  1. Tahan bergurau senda.
  2. Jangan celupar dalam mengkritik, pasai kita pun bukan selalu betoi.
  3. Jangan jadi busy body sangat... hihi... kak Ros suka bab nih...
  4. Jangan gatai tanya benda sensitip.
  5. Kena simpan rahsia terutama hal peribadi.
  6. Terima depa seadanya.
  7. Jaga mulut... hihi... biar sesuai tutur kata.
  8. Hormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
  9. Belajar terima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut... hihi...
  10. Diam bila kawan marah.. eh.. eh... 
  11. Jangan perburukkan kawan.
  12. Jangan membanggakan diri...
  13. Jangan berhutang atau memberi hutang kat kawan...
  14. Addehh....
  15. .....
  16. .
Woiii... kawan, hutang buat baju kat aku bila nak bayar niiiiiii... dah nak masuk tiga kali raya dah... hadoiiihh....

Friday, November 26, 2010

Olay sibukkan blog kak Ros

Kak Ros rasa bangga sungguh dan kebanggaan ni kak Ros nak kongsikan dalam posting bermakna kak Ros pagi nih...

Tentunya, kak Ros nak ambik kesempatan ni ucapkan terima kasih kat nuffnang khasnya dan jugak Olay khususnya diatas terpilihnya blog kak Ros sebagai tapak promosi diorang. Ya la, bangga ngan blog kak Ros terpilih oleh jenama kosmetik terkenal Olay tuh...

Kak Ros mula sedar trafik masuk blog kak Ros pun tetiba meningkat sejak adanya musim promosi Olay disini. Ya la, lebih ramai pengunjung dari kebiasaan yang mungkin tertarik dengan warna warna menarik yang Olay taburkan... hihi...

Jadi buat para pengunjung semua, terima kasih la kerana berkunjung... hihi... Terima kasih jugak la menyemakkan kepala korang memasing berkongsi apa yang kak Ros karutkan disini...

Sapa la kak Ros tanpa blog... addehhh....

Mai kita boikot artis nih...

Jom kita pakat pangkah budak bangang ni...

Apa ni... benda benda macam ni la yang buatkan kak Ros berpandangan negatif terhadap artis artis tempatan kita nih... perangai hodoh, kelaku bodoh dan kenyataan pulak bangang...

Cuba la hangpa tengok kenyataan mangkok ni yang kononnya mengaku sebagai artis baru yang sedang meningkat naik.... kenyataan berniat jahatnya disini... Rokok Memantapkan Vokal Saya' - Fiq

Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

Kalau baik bagi hang pun, jangan la dok promote rokok tu dalam media... awat yang hang ni bangang sangat... artis yang langsung tak sensitif dengan kehendak masyarakat macam hang ni la yang merosakkan anak anak bangsa...

Woii... cari cara lain la nak popular pun... cari bahan lain la nak bercakap cari glamor pun...

Wednesday, November 24, 2010

Harap harap tak terlambat laa...

Tak lambat kot kalau kak Ros nak ucapkan tahniah pada skuad hoki lelaki negara yang berbintang bintang persembahan depa tewaskan India 4-3 sekaligus untuk layak ke final Sukan Asia di Guangzhou, China buat julung kali dalam sejarah penyertaan kita.

Sib baik la menang, kalau kalah... hadoiiih... jenuh makan sumpah seranah laa hangpa... haha... adat dah...

Malaysia akan bertemu Pakistan, esok yang terdahulu mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan penalti. - Foto AFP

Tuesday, November 23, 2010

Akibat gemar yang murah

Mayarakat kita memang sejak azali lagi suka sungguh berjimat tak kena tempat. Gemarkan sangat benda benda murah yang dilelong dipasar atau supermarket. Bukan semua yang murah itu berbaloi dibeli dan begitu jugak bukan semua yang mahal itu membazir. Sebenarnya ianya banyak bergantung pada kebijaksanaan kita dalam membeli dan menilai barangan dengan nilainnya sebelum pembelian dibuat.

Cerita paparan myMetro ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua umat Islam Malaysia. Ini kerana gemarkan jualan murah, maka si pembeli ni tadi telah merasa ditipu. Dia membeli tiga helai sejadah merah yang dijual secara lelong RM10.00 disebuah kedai kira-kira enam bulan lalu dan kini baru menyedari bahawa ada rupa bentuk muka babi pada corak corak disekeliling sejadah murahnya itu.

Eloknya orang ramai lebih berwaspada lah dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti yang kebanyakannya diimpot dari negara China. Ini bagi mengelakkan dari berulang peristiwa serupa ini yang jelas mengusik sensitiviti umat Islam.

Pesta maut, tak dak kerja pi cari kerja

Lebih 340 maut dalam rempuhan rai festival air di Kemboja

PHNOM PENH: Lebih 340 orang maut manakala beratus lagi cedera akibat rempuhan di sebuah jambatan selepas orang ramai bersesak menyertai Festival Air di ibu negara Phnom Penh, lewat semalam.

Berpuluh ambulans bergegas ke tempat kejadian apabila jutaan orang ramai termasuk pelancong asing yang memenuhi jambatan yang sempit memijak antara satu sama lain.

Jambatan itu menghubungkan sebuah pulau kecil di antara Sungai Mekong dan Sugai Tonle Sap bagi menyambut perayaan tahunan terbesar itu.

Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri sejak negara itu diperintah regim kejam Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979 apabila lebih suku daripada jumlah penduduk negara itu maut.


“Ini adalah tragedi terbesar selepas rejim Pol Pot,” katanya dalam siaran langsung di televisyen.

Beliau mengisytiharkan Kemboja cuti berkabung hari ini kerana tragedi yang menyayat hati itu. hari ini.

“Saya ingin mengucapkan takziah bagi pihak keluarga dan sanak saudara mangsa yang terbunuh," katanya. - AFP

Bumi marahkan kita

Sungai Citarum di Indonesia... entah bila la gambar ni di pungut... masyaallah... 

Sampai hitam air sungai, naik segan dah nak mengalirnya... 

Papan tanda hanya tinggal sebagai tanda tempat pembuangan... 

Dah tak boleh nak bezakan antara daratan dan sungai... sampan dan sampah... 

Dunia moden belum tentu pemikiran kita turut moden... sungai sampah sarap... 

Tergamaknya manusia rosakkan alam anugerah sementara dari Tuhan... 

Sampai tak dak beza antara manusia dalam lautan sampah... 

Agama satu disiplin, orang yang tak berdisiplin ibarat orang tanpa agama... 

Bayangkan masih bernyawakah sungai ini...? 

Apa yang dicari setelah nikmat Tuhan dicemari...? 

 Ini rupanya angkara khianat manusia...

Ingatlah, sungai ini dipinjamkan pada kita oleh anak anak kita... 

Dunia cacamarba... 

Sungai tempat mandi manda... 

Sempat lagi membuang ikut selera sambil berkaca mata... hangpa gamak ka buat kelaku hodoh camni?
Related Posts with Thumbnails