Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 28, 2010

Resepi: Makanan diet (tauhu goreng)


Pada sesiapa yang bercita cita tinggi nak diet, boleh lah cuba resepi ni. Aku pun nak cuba gak, bila dah selalu laki aku gelak tutup mulut bila tengok aku... nyampah betoi...

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 keping tempe
3 keping tauhu
Sedikit keropok
1 batang timun (hiris)
Minyak masak

BAHAN SOS:

15 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1/2 cawan kacang tanah
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1 sudu besar bijan
1 helai daun salad (hiris)
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Goreng tempe, tauhu dan keropok. Angkat dan asingkan.
  2. Untuk sosnya, kacang tanah digoreng kemudiannya ditumbuk. Kisar cili padi, bawang putih, gula, cuka dan garam. Taburkan bijan.
  3. Potong dan hiris tempe dan tauhu. Kemudian taburkan dengan salad dan kacang tanah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails