Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 11, 2010

Jemaah hilang akal

Hadoiihh.... lepaih satu, timbui satu lagi kes pelik yang cuba membangangkan orang ramai.

Isu jemaah yang bernafsu pelik dan bertindak secara hilang akal kian menjadi jadi dewasa ini. Kes yang kak Ros maksudkan ialah kes mengahwini bebudak pompuan yang masih dibawah umur dengan bersuamikan secara paksa yang jauh lebih tua dari mereka ini.

Kak Ros bukan menentang perkahwinan dari segi syaraknya yang mungkin dibolehkan. Tapi dari segi hak kaum wanita yang tak ingin melihat kaum sejenis diperdagangkan bagai barangan dagangan murahan. Bagai tanpa harga diri sedangkan kaum Hawa diletak ditempat terpuji disisi Islam.

Bayangkan apa sangat seorang budak perempuan berusia 10 tahun boleh buat selain dari tangis sedih dan sayu pada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an.

Tanpa mengira atas sebab dan alasan apa sekalipun, hak kaum Hawa tidak boleh diketepikan begitu saja. Ini yang kak Ros herankan sangat sangat ni. Tidak ada lagikah kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Lihat saja betapa terdesaknya nafsu si bapa yang ingin memenuhi hajat keIslaman jemaah sehinggakan upacara ‘nikah koboi’ itu terpaksa diadakan dengan segera dalam sebuah kereta. Bapa kanak-kanak sendiri yang bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Murah sungguh nilai Hawa dimata jemaah hilang akal ini.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails