Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, March 23, 2010

Mau anak vs tak mau anak

sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long ada sorang saudara terdekat yang sudah berpuluh tahun kahwin, tapi tak dapat anak. Pak Long pun paham, kita kena redha ketentuan rezeki dari Allah ni. Baru baru ni Pak Long saja la singgah rumah dia, kena air secawan dua ngan Mak Long hang. Tengok anak angkat yang dia bela tu, mak aiihh... dah besaq panjang pun. Umur dah 12 tahun.

Pak Long singkap balik kisah dia laki bini dulu dulu ni. Depa berdua dulu hidup ditemani air mata bercampur malu disakat kawan kawan dan saudara sekeliling. Sunyi ni tok sah cakap la, balik balik tengok muka hang aku. Kalau ada anak anak tu, boleh gak tumpang riuh rumah tangga. Bab ikhtiar ni tok sah cakap la, habaq saja kat mana, mesti depa sampai. Tapi nak buat macamana, rezeki dan ajal maut semua tu kat tangan Tuhan.

Pak Long teringat balik kisah sedih saudara Pak Long ni bukannya apa, banyak sangat kisah yang kita baca sekarang ni tentang kisah pembuangan bayi. Merata rata dan hampir setiap minggu ada ceritanya, seolah olah dah menjadi trend pulak bagi muda mudi sekarang ni. Pak Long rasa, pimpinan negara yang ada patut cari penyelesaian jitu terhadap isu paling tidak bertamadun ini. Lebih baik la dari depa pakat dok cari silap hang aku dan buat lawak dalam parlimen.

Jangan cuba nak lari dari masaalah dengan menuding jari tak tentu arah. Kalau anak anak dirumah yang buat silap, orang akan tanya anak sapa. Sekiranya rakyat yang runtuh akhlak, orang juga akan tanya rakyat berkelaku hodoh tu timbui masa pemerintahan sapa...

Ketentuan Allah jua, yang mau anak, punya susah nak dapat anak. Yang tak mau anak, sentuh bahu saja dah beranak. Masyaallah... wassallam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails