Sahabat adalah perisai diri

Saturday, March 27, 2010

Mayat bayi putus tangan

Masyaallah... dunia akhir zaman. Lagi mayat bayi ditemui masih bertali pusat di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini. Mayat bayi lelaki ini ditemui masih bertali pusat. Mayat ini disahkan sebagai bayi kepada manusia, bukan binatang walaupun ibu bapanya berperangai lebih teruk dari binatang.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata bayi malang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaanya yang masih bertali pusat. "Bayi lelaki itu dipercayai dibuang di kawasan sekitar kawasan timbunan sampah tersebut sejurus dilahirkan pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails