Sahabat adalah perisai diri

Sunday, April 18, 2010

Dunia kejam kerana kita kejam

Tak terkata apa kak Ros bila terbaca berita yang amat menggerunkan kak Ros disini. Lihat saja dunia yang kian huru hara ni, kaum ibu sudah tidak dihormati. Apakah kita yang kejam menghasilkan dunia yang kejam?

Seorang ibu yang mengandung dibunuh dan dipijak sehingga janinnya berusia 12 minggu terkeluar dalam kejadian di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dijerut dengan sapu tangan yang dipintal dan dimasukkan kayu.

“Polis turut menemui kesan pijak pada perut mangsa dan mungkin ini menyebabkan janin berkenaan terkeluar,” katanya.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mati antara lima hingga enam hari lalu berdasarkan keadaannya yang berulat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails