Sahabat adalah perisai diri

Monday, April 5, 2010

Hebat orang Penang

Hebat betoi orang Penang ni. Kak Ros tumpang bangga dengan kreativiti dan kerja keras diaorang dalam menjahanamkan masa depan anak anak harapan bangsa kita ni.

Tapi sehebat hebat penjenayah di Pulau Pinang ni, hebat lagi abang abang Polis kita. Gambar menunjukkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Mohd Hatta Mohd Zain menunjukkan dadah dan barang-barang yang dirampas semasa menyerbu sebuah makmal haram yang memproses pil ecstasy di kawasan Relau semasa mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.

Bayangkan dalam serbuan tersebut dua mesin membuat pil ecstasy dan pelbagai bahan membuat dadah turut dirampas dalam serbuan tersebut. Ada mesin ooo... bukan kecik anak operasi depa ni... Tahniah buat Polis kita - foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails